“Best Birthday Ever” – Pangku Anak Sedang Tidur, Ain Edruce Sambut Hari Lahir Ke-30

Artis

Pengacara Ain Edruce bersyukur dapat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 bersama kehadiran anak perempuan, Soraya.

Menurut Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, kehadiran Soraya pada tahun ini merupakan hadiah terbaik sepanjang sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Alamak, 30 dah lah. Hehehe. Thank you Allah for everything. Tahun lepas Amirul je, tahun ni ada Soraya.Best birthday ever,” tulis Ain di laman Instagramnya.

Turut berkongsi foto sambutan hari jadi di kediamannya yang ikut diraikan oleh adik perempuannya, Edila Edruce.

Malah kelihatan Soraya yang sedang tidur dipangku oleh Ain sewaktu sambutan tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan hari lahir dan mendoakan yang terbaik buat Ain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Happiest birthday Ain! Sayang kau, may Allah bless you always,” komen pengacara Shalma Ainaa.

Happy birthday mummy Ain. Ish prettynya,” puji seorang wargamaya.“Happy birthday mama Ain.

Banyakkan content kat YouTube please,” kata seorang wargamaya.“30? Nampak muda sangat. Happy birthday Ain,” ujar seorang wargamaya.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka dairpada pengikutnya.

Komen Netizen:

 

Sekadar info, Ain dan Amirul bernikah pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mereka mengikat pertunangan.

Ain selamat melahirkan Soraya pada 19 Mei lalu selepas 25 jam bert4rung di dalam bilik pembed4han.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *