‘Dipijɑk’ Untuk Jadi Atlet Terjun Bertaraf Dunia, Gambar Sesi Latihan Dhabitah Kembali Tulɑr

Artis

‘Dipij4k’ untuk jadi atlet terjun bertaraf dunia, gambar sesi latihan Dhabitah kembali tular.

Walaupun tidak berjaya menghadiahkan Malaysia pingat, usaha dan pencapaian atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri di Olimpik Tokyo 2020 wajar dipuji.

Dengan kutipan mata keseluruhan 326.15, Dhabitah hanya berada 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Manakala atlet China, Shi Tingmao dan Wang Han masing-masing meraih pingat emas dan perak.

‘Dipijak’ Untuk Jadi Atlet Terjun Bertaraf Dunia, Gambar Sesi Latihan Dhabitah Kembali Tular

Tidak lekang dengan senyuman sepanjang acara berlangsung, Dhabitah merupakan penerjuna keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee.

Biarpun gagal menghadiahkan pingat, namun jangan dilupakan usaha yang sudah beliau curahkan dalam mengharumkan nama negara.

Latihan untuk bergelar atlet bertaraf dunia yang perlu beliau hadapi bukan latihan yang biasa-biasa.

Seperti yang tular di media sosial semalam, gambar Dhabitah ‘dip1jak’ dalam sesi latihan pada empat tujuh tahun lalu kembali menjadi perhatian.

‘Dipijak’ Untuk Jadi Atlet Terjun Bertaraf Dunia, Gambar Sesi Latihan Dhabitah Kembali Tular 2
Sumber: Nur Dhabitah Sabri

Latihan keras tersebut dipercayai untuk kefleksibelan badan kerana dalam sukan terjvn, ia lebih kepada kefleksibelan berbanding stamina.

Sekiranya badan keras dan tidak fleksibel, gaya terjvnan tidak akan menjadi dan disebabkan itu jugalah penerjvn mampu memasuki air secara melintang dan bukan menegak.

Di ruangan komen, Dhabitah empat tahun lalu secara bergurau memberitahu latihan berkenaan adalah biasa untuk mereka.

“Mak cik aku pun boleh buat.” – Dhabitah, 2016

Terdahulu, atlet pecut negara,  Azreen Nabila Alias mencetuskan sensasi media sosial apabila berjaya melepasi pusingan kelayakan dalam acara 100 meter dengan catatan 11.77 saat.

Beliau yang hadir ke Olimpik dengan menggunakan tiket wild card berada di belakang pelari Iran, Fasihi Farzaneh dengan catatan masa 11.76 saat dan di hadapan pelari Kuwait, Mudhawi Alshammari dengan rekod 11.82 saat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: https://odisi.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *