[VIDEO]“Saya Hanya Serah Pada Tuhan” – Pakcik Yang Didɑkwa Dih1na Instafamous Akhirnya Bersuara!

Semasa

Warga emas yang didakwa telah dihlna oleh seorang instafamous lelaki akhirnya tampil bersuara.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, warga emas tersebut berulang kali mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

“Ya terima kasih banyak, saya tak boleh balas, saya hanya serah pada Tuhan.

“Ya dia betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita ubah sendiri nasib kita,” katanya ringkas.

Video pendek berdurasi 13 saat itu ternyata membuatkan ramai netizen sebɑk apabila warga emas itu kelihatan sugvl dan sed1h.

“Sabarlah pakcik, dunia penuh dengan kek3jaman”

“Kesiannya pakcik dih1na macam tu, sabar ya”

“Dia sebɑk maybe pertama kali orang ambil peduli pasal dia, sed1h weh,” tulis beberapa netizen.

Rakaman tersebut telah mencetuskan rasa marɑh netizen apabila usahawan terbabit mengungkapkan sepotong ayat, “Masa muda dulu menyesal tak?” dengan nada yang dikatakan begitu sombong dalam sesi program keusahawanan dan motivasi sebahagian gelandɑngan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Netizen juga turut menggesa orang ramai agar membo1kot jenama fesyen dan produk yang dikeluarkan oleh Instafamous itu bersama isterinya.

Antara yang turut menyuarakan ketidakpuasan hati itu termasuklah pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Sekadar info, susulan daripada video yang tular berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melɑnggar prosedur operasi standard (SOP).

Usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal itu dikenakan kompɑun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *