Panɑs di Twitter apabila netizen mula mengecɑm tindakan wartawan Astro Arena semasa acara renang di sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.
Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai @NasehaLee soalan yang diutarakan oleh wartawan tersebut sangat sensitif dan tidak wajar ditanyakan pada atlet renang negara iaitu Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.
Tidak Wajar Tanya Soalan Yang Sensitif
Untuk pengetahuan kamu, Pandelela dan Mun Yee tidak berjaya meraih pingat untuk negara dalam acara renang 10 meter platform seirama wanita. Akui Naseha soalan yang diutarakan oleh wartawan tersebut menampakkan atlet itu seperti tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Gandingan terjun negara, Pandelela Rinong & Leong Mun Yee sekadar tamat di kedudukan ke-8.
"Saya dah cuba buat macam waktu latihan cuma masa pertandingan tak menjadi" – Pandelela Rinong#Tokyo2020#SokongMalaysia#GanbatteMalaysia pic.twitter.com/qg6stJUrxY
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 27, 2021

“Dia tanya Mun Yee, “Last olympic ni dah terlepas peluang apa perasaan anda?” Like, of course she’s sad? We saw how hard she tried? Sangat insensitive to asked those questions in my opinion”, dedɑhnya.
Tiada Kredibiliti Seorang Wartawan
Tambahnya, dia tidak bermaksud untuk menganggu kerja wartawan tersebut tetapi dia hanya mahu mengkritik tentang kredibiliti seorang wartawan. Naseha juga berkata dengan soalan sedemikian, ia boleh membuatkan atlet tersebut menjadi lebih tambah kec3wa seolah-olah mereka tidak memberikan yang terbaik.

“These reporters memang sengaja nak tanya soalan yang membuatkan athlete terdiɑm tak dapat jawab. It just made us look bad and macam kalah tu terukkk sangat! Come on lah reporter, tahu tu kerja korang but pleaseeee be more SENSITIVE!”, tulisnya di Twitter.
Pada masa yang sama, Naseha juga berkata para atlet tidak kiralah berjaya atau tidak meraih pingat untuk negara perlu diberikan pujian. Ini kerana mereka telah menghabiskan masa untuk berlatih selama berbulan-bulan untuk bertanding bagi mengharumkan nama negara.

Netizen Krit1k Wartawan Astro Arena
Selain Naseha, beberapa pengguna lain turut mengkr1tik wartawan Astro Arena yang bertanyakan soalan pada Pandelela Rinong dan Lee Mun Yee semasa di sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ada netizen merasakan soalan yang ditanya itu agak kurang sopan untuk ditanyakan pada para atlet.

Malah ada juga mended4hkan soalan-soalan sensitif seperti itu ditanyakan pada pasangan beregu campuran bagi acara badminton.

Tambah netizen, Pandelela dan Mun Yee telah berusah keras dan bersungguh-sungguh dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

Apa-apa pun, mari kita bersama-sama menyokong atlet-atlet yang mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Murai MY