[VIDEO] Warga Emas Dim4lukan Depan Orang, Yana Samsudin ‘sound Influncer Tak Berad4b “betullah, Duit Tak Boleh Beli…”

Artis

MELIHAT kepada video pendek membabitkan seorang pengasas produk kecantikan meninggikan suara kepada seorang warga emas sudah cukup membuatkan orang ramai pan4s hati.

Pelakon Yana Samsudin antara yang beng4ng dengan kelakuan lelaki berkenaan kerana dilihat seolah-olah tidak tahu tentang adab ketika bercakap dengan orang yang lebih berusia.

“Saya tak kenal dia… macam biasa saya scroll Instagram nak tahu perkembangan hari ini dan nampak pula video tersebut.

“Saya memang mar4h sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kas4r dan biad4b… tak sepatutnya seorang pakcik diperlakukan sebegitu rupa.

“Walau siapa pun kita, tak kiralah penceramah ke ahli perniagaan ke… kita kena tahu adab kalau nak bercakap dengan orang,” katanya ketika dihubungi mStar.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Video yang dimuat naik Sherry Ibrahim di Instagramnya.

Yana turut menambah lelaki tersebut perlu tahu cara-cara untuk berinteraksi lebih-lebih lagi sekiranya dia adalah seorang yang dikenali ramai.

“Mungkin dia buat sesi motivasi, memang boleh nak bertanya kepada audience dia… tapi cara dia berinteraksi itu tak kena.

“Dia boleh rendahkan intonasi dia, bukannya tanya macam nak pergi berper4ng. Sebagai contoh, boleh je kalau dia cakap, ‘minta maaf pakcik saya nak bertanya ni’. Itu lebih manis.

“Kasihan saya tengok pakcik itu diperlakukan macam itu. Saya harap benda ini jadi iktibar untuk semua orang agar sentiasa jaga adab,” katanya.

Saya memang mar4h sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak k4sar dan bi4dab.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

Terdahulu, pelakon Sherry Ibrahim berkongsikan sebuah video menunjukkan lelaki yang dipercayai usahawan produk kecantikan bercakap dengan nada tinggi dan mempersoalkan tentang masa silam seorang lelaki warga emas semasa menjalankan satu sesi motivasi.

“Menyesal tak masa muda dulu tak buat betul-betul? Banyak main-main, tak buat betul-betul… malas, menyesal tak?” soal usahawan itu kepada warga emas berkenaan dalam nada tinggi di hadapan orang ramai.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 37, turut meninggalkan komennya menerusi entri tersebut kerana sedih melihat air muka warga emas yang seusia bapanya itu.

“Ayat tu boleh elok sikit… Ya Allah, pakcik tu dah macam ayah aku… sangat biad4b!” tulisnya.

yana1

Yana sedih lihat warga emas diperlakukan seperti itu.

Selain Yana, beberapa selebriti tempatan turut mengec4m tindakan bi4dab lelaki tersebut.

“Eh dia punya dabik dada… kenapa tak ambil emak ayah dia sendiri ganti tempat pakcik tu? Baru senang sikit, sudah h1na orang” tulis Shakilla Khoriri.

“Sebab itu orang cakap adab ini tak ternilai, orang banyak duit belum tentu boleh beli abab,” kata penyampai radio, Raden.

“Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa je. Ini terjadi apabila dah rasa diri tu hebat sangat. Hilang respek, duit tak boleh beli adab” kata Uyaina Arshad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *