Netizen keliru nak tengok lipstik atau Fazura, “Ulang banyak kali…”

Artis

Sebut sahaja nama pelakon, Nur Fazura pasti ramai yang sudah cukup ‘jatuh hati’ dengan kecantikan selebriti berusia 37 tahun ini.

Selebriti ini bagaimanapun sejak akhir-akhir ini menjadi tumpuan peminat apabila bukan sahaja tudungnya sendiri dengan harga berpatutan menarik perhatian ramai malah koleksi lipstik Fazura juga mengundang ramai peminat suka.

Terbaharu, video Fazura menunjukkan beberapa koleksi lipstik kepada umum diruangan Instagram peribadinya menarik perhatian ramai dengan rakaman yang dihasilkan membuatkan juga rata-rata yang melihat tergamam.

Ini kerana kecantikannya yang semakin menyerlah sejak bergelar ibu disenangi ramai peminat apatah lagi, Fazura aktif di platform terbabit untuk berkongsikan perkembangannya sebagai selebriti dan ibu kepada seorang anak, Nur Fatima Aisya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Melalui video yang dikongsikan ini, Fazura dilihat memakai beberapa jenis lipstik yang berbeza dan ternyata kebanyakan peminat yang menonton akui keliru ingin melihat produknya itu atau Fazura.

Melalui ruangan komen di video, Fazura yang kelihatan begitu cantik itu menerima pelbagai reaksi yang mana pelakon, Mira Filzah juga meninggalkan respon memuji isteri kepada pelakon, Fattah Amin berkenaan.

“Manisnya cantiknya…”

FazuraIMG_20210728_115114

“Confused la nak tengok color lipstik ke nak tengok Fazura. Cantikkkk!”

IMG_20210728_091134

“Beautiful nya Kak Faz. Tak pernah tak beautiful”

FazuraIMG_20210728_091227

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber :HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *