Minta Kerajaan ‘Tiru’ Cara Arab Saudi Tangɑni ɑnti Vɑksin, Lihat Apa Kata Artis & Influencer Ini

Artis

Kerajaan Arab Saudi akan melarang rakyatnya yang tidak divaksin termasuklah golongan anti vaksin daripada memasuki tempat awam mulai 1 Ogos. Berita yang tular ini membuatkan ramai orang termasuk artis dan influencer mahukan perkara yang sama berlaku di Malaysia. Baca perkongsian mereka di bawah.

Foto – @riyadhconnect (Instagram)

“Tak Boleh Buat Banyak Benda”- Catriona Ross

Kongsi di Instagram, pelakon Catriona Ross mendedahkan strategi yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi ini dapat mengehadkan pergerakan golongan anti vaksin dan mereka yang belum divaksin.

Foto – @catrionabrianross (Instagram)

Ujarnya, mereka yang tidak divaksin tidak boleh melakukan banyak perkara seperti sebelum ini. Seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi, golongan ini tidak boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, pengangkutan awam dan menyertai majlis awam.

Puteri Zarith Dedah Golongan Anti Vaksin Akan ‘Terkurung’

Manakala influencer dan usahawan, Puteri Zarith juga berkata sekiranya pihak kerajaan melakukan usaha sebegini, golongan anti vaksin akan terbatas pergerakannya.

Foto – @puterizarith (Instagram)

Dedahnya lagi, setiap rakyat perlu mengambil tahu adakah pekerja, ahli keluarga atau orang sekeliling mereka sudah divaksin atau belum. Tambahnya perkara ini sangat penting untuk melindungi diri dan orang lain daripada terdedah teruk dengan COVID-19.

Foto – @puterizarith (Instagram)

“Kerajaan Patut Lakukan Hal Ini”- Alvin Chong 

Tak mahu terlepas menyuarakan pendapat, pelakon Alvin Chong juga berharap agar pihak kerajaan melakukan hal yang sama kerajaan Arab Saudi bagi melindungi negara dan rakyat yang sudah divaksin.

Foto – @alvinchong12 (Instagram)

Jadi apa pendapat kamu, patutkan pihak kerajaan mengikuti langkah yang bakal dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi ini?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *