Ukuran Badɑn Che Ta Tak Berubah Dari 17 Tahun Lepas

Artis

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, 50 merupakan selebriti pertama yang menggayakan rekaan RizmanRuzaini, RR.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)


Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman instagram RR, selain daripada merupakan selebriti pertama yang menggayakan busana RR kira-kira 17 tahun lalu, ukuran badan Che Ta juga tidak pernah berubah hingga sekarang.

Che Ta juga dikatakan seorang yang lain daripada yang lain, antara selebriti yang tidak mengharapkan ‘sponsorship’. Setiap tahun dikatakan Che Ta akan menempah tidak kurang daripada 10 baju raya daripada RR.

Foto : IG Rozita Che Wan

“@rizmanruzaini tengah makan pulut deqeyan, tersedak takut taun depan alignment lagi. thank you @rizmanruzaini sb everytime nk tempah baju, kami hantaq kain ja, tk yah pening pasai design..tau2 dpt letup ja, sepasang dgn mek cah”, balas Che Ta di ruangan komen.

Namun, ada di antara netizen yang mempertikaikan kenyataan Rizman Ruzaini kerana sebelum ini mereka pernah memberitahu bahawa Ziana Zain merupakan artis pertama menyarung persalinan rekaan mereka sambil dipertahankan netizen lain yang berkata mungkin maksud RR Che Ta artis pertama  membeli busana rekaan mereka, manakala Ziana Zain pula artis pertama yang memakai pakaian yang di’sponsor’ RR.

“Kami tidak menafikan Siti banyak menaikkan nama kami dalam industri fesyen. Begitu juga dengan selebriti-selebriti lain seperti Ziana Zain yang merupakan artis pertama mengenakan pakaian rekaan kami,” kata Ruzaini atau nama sebenarnya Wan Ruzaini Wan Jamil di Restoran Istana Bambu, Apang, Khamis lalu” – petikan daripada artikel yang disiarkan mStar pada 7 Ogos 2010.

Nampaknya kenyataan RR pun seperti boleh berubah-ubah seperti umur Che Ta yang sekejap 40 an, sekejap 50 an.

Foto : IG Rozita Che Wan

Sumber: Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *