“Saya Terbuka Hati Bila …”- Scha Elinnea Padɑm Gambar S3ksi

Artis

Pelakon Scha Elinnea mengakui telah memadamkan gambar-gambar s3ksi dan mengundang kec4man netizen di Instagramnya.

Berbaki 178 keping imej sehingga kini, Scha, 22, yang memiliki lebih 489,000 pengikut itu memberitahu tindakannya itu disebabkan ada antara komen berunsurkan nasihat yang menjentik hatinya untuk memperbaiki diri.

“Kita manusia biasa kita buat salah dan kita juga boleh berubah menjadi individu yang lebih baik. Ramai di media sosial m4rah-m4rah saya s3ksi, saya hanya balas minta mereka doakan yang baik-baik.

“Insya-Allah saya sudah padamkan banyak gambar s3ksi di Instagram. Kalau orang tegur dengan cara baik kita pun lembut hati nak ikut, kalau datang m4ki-m4ki mesti kita pun akan terkejut,” katanya.

Scha mengulas perkara terbabit ketika ditemui pada sidang media virtual drama terbaharu SiTik Tok pada Khamis.

Jelas pemilik nama sebenar Natasha Mohamed Mubeen itu lagi, dia sudah lali menerima komen yang negatif dan tempoh bersendirian sepanjang lockdown kali ini membuka hatinya untuk lebih berlapang dada menerima teguran peminat.

“Komen yang saya dapat biasanya lebih kurang sama je, cuma bila ada yang melampau tu saya terpaksalah block dari akaun saya. Saya tak nak sebut perkataan-perkataan itu sebab memang tak baik pun.

“Bila tinggal tinggal sendiri sekarang ini saya fikir saya perlu berubah tak boleh terus begini jadi perlahan-lahan saya mula menerima teguran orang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Scha menegaskan perubahan itu bukan disebabkan dia sedang melangkah ke fasa untuk berumah tangga.

“Tak… Saya berubah sebab diri saya sendiri. Saya pun tak ada kekasih hati lagi, kenal-kenal tu adalah…,” ujarnya.

Drama SiTik Tok yang turut dibintangi Nadia Aqilah dan Niezam Zaidi itu mula ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.30 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *