Rakan Selebriti & Netizen Puji Wajah Cantik Mira Filzah Persis Jisoo Blackpink

Artis

Sebut sahaja nama kumpulan penyanyi, Blackpink pasti ramai yang tahu menyanyikan lagu-lagu kumpulan yang mengandingkan empat penyanyi iaitu Rose, Jennie, Jisoo dan Lisa.

Manakan tidak, setiap tahun selepas keempat penyanyi itu diperkenalkan kepada umum pasti lagu mereka antara yang hangat menjadi perhatian di beberapa platform popular.

Jadi apabila pelakon, Mira Filzah di ruangan Instagram memuat naik beberapa keping foto dia mengimbas kembali makeup yang pernah digayakannya membuatkan salah satu foto dia dikaitkan dengan salah seorang penyanyi kumpulan Blackpink iaitu Jisoo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Rasanya sudah beberapa kali, Mira Filzah menjadi sebutan peminat Jisoo yang mana dia dikatakan mempunyai iras dengan penyanyi dari Korea itu.

Pun begitu, berikutan satu keping foto iaitu foto ketiga yang dimuat naik olehnya, Mira Filzah menjadi bualan netizen lagi apabila rakan selebriti, Adriana Adnan mengatakan makeup foto yang ketiga dia dilihat seperti Jisoo.

220734742_1228570017591594_1007235021999035897_n

140920662_727344754822236_6903515137471090866_n

Sehingga apabila menjenguk ke komen rakannya itu, ramai yang setuju dengan ratusan tanda suka ditinggalkan.

Dalam pada masa yang sama, melalui posting foto-foto itu netizen menghujani dengan respon memuji kecantikan Mira Filzah yang sentiasa kelihatan cantik.

“Setuju!! Ramai cakap muka Kak Mira macam Jisoo”

Mira FilzahIMG_20210723_084728

“Tak boleh pilih, semua cantik”

IMG_20210723_084809Mira Filzah

“Artis Melayu bukan mix yang cantik saya rasa Mira Filzah dan…”

IMG_20210723_084842

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *