‘Cukuplah Sampai Sini Ya’ – Saya Maafkan Semua

Artis

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew (UEL) di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal itu mengatakan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang telah memfitnɑh serta menjatuhkannya.

‘Kita semua sebuah keluarga’

Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitɑn, dɑjjɑl, b*b*, b*d*oh, penunggang, dan lain-lain. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah.

Ujarnya lagi, dia turut memaafkan kepada sesiapa yang telah menyɑkitkan hati Allahyɑrham bapanya, isteri dan anak-anaknya serta kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perkara berkenaan secara langsung mahupun tidak kerana niatnya hanya untuk menjelaskan segala tuduhɑn terhadap dirinya.

Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah COV1D-19 ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virvs ini sembuh. Berat keadaan negara kita.

Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yɑtim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung adalah syaitɑn.

Di akhir posting berkenaan, UEL mengatakan bahawa cukuplah perkara itu sampai sini dan dia meminta agar orang ramai mendoakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya.

Sumber : ebitlew via OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *