“Nipis Sangat, S4kit Lutut.” – Sekali Eyra Hazali Komen Pasal Sejadah Neelofa

Artis

Bidalan haters gonna hate sudah tidak sesuai dilabelkan terhadap mereka yang mempunyai persepsi negatif sahaja.

Ini kerana sesuatu isu tidak semestinya berkait rapat dengan sikap individu tertentu, mungkin sahaja meluahkan ketidakpuashatian.

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh aktres, Eyra Hazali yang turut bersetuju dengan pendapat netizen yang tidak mahu membeli sejadah buatan selebriti Neelofa.

Namun, ianya bukan kerana tidak mahu menyokong tetapi kerana sejadah Naelofar terlalu nipis hingga menyebabkan dia s4kit lutut dan kadang-kadang dahi.

IG

Ianya membuatkan netizen turut bergurau menyatakan sejadahnya memang cantik cuma nipis dan perlu mengalasnya dengan karpet yang di beli di Nilai 3, Selangor. Nakal betul gurauan mereka kan?

Twitter

Selain itu, ada juga yang turut membandingkan sejadah yang dijual oleh mereka yang lebih tebal berbanding sejadah tersebut. Alternatif bagi mereka yang sudah terbeli sejadah Neelofa ialah melapikkannya dengan karpet seperti di atas.

Twitter

Apa pun, itu pandangan peribadi Eyra semata-mata, jangan lah pula ada yang haters yang akan meny3rang dia pula nanti ya.

Sumber:CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *