Kerajaan Pertimbang Mereka Yang Sudah Lengkap Vɑksin Rentas Negeri Jumpa Keluarga

Keluarga Semasa

Mengambil berat tentang keluhan rakyat, kerajaan sedang memperhalusi cadangan untuk membenarkan ibu bapa atau pasangan jarak jauh yang sudah lengkap dua dos vɑksin diberi kelonggaran untuk rentas negeri bertemu keluarga.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu itu akan dibawa dalam mesyuarat MKN selepas melihat ramai menyuarakan keluhɑn pasangan jarak jauh atau ibubapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.

“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisɑh dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibubapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vɑksin.

“InsyaAllah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan & keluarga jarak jauh disatukan semula,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran untuk individu sudah lengkap dua dos suntikan vɑksin akan dibincangkan dan diputuskan dalam masa terdekat.

SUMBER: Facebook Ismail Sabri via Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *