[VIDEO] Ibu Men!nggal Akibɑt Kegvguran, Kanak-Kanak Perempuan Ini Galas Tanggungjawab Jaga Adik Beradiknya

Keluarga Semasa

Memang tidak dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini tidak lari daripada diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Namun, kita sebagai HambaNya perlu reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan.

Itulah yang dilalui oleh kanak-kanak perempuan ini apabila dia menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga adik beradiknya walaupun umurnya masih muda.

Dapat pek daging terus panaskan untuk adik makan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Salwa Naidin di akaun TikTok, memaparkan kanak-kanak berkenaan kelihatan teruja selepas mendapat agihan pek daging qurban di Sabah.

Di dalam video berkenaan memaparkan, kakak sulung itu terus membuka pek daging itu untuk memanaskannya lauk. Setelah masak, kanak-kanak perempuan itu menyuapkan adik-adiknya dahulu dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, merasa juga mereka daging qurban.

Lebih menyed!hkan lagi apabila mereka baru sahaja kehil4ngan ibu tersayang akib4t kegvguran. Menurut Salwa, mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.

Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 23 ribu tontonan dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.

‘Senyum yang tidak pernah lekang dari bibir’

@salwanaidinAlhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban. #qurban #aidiladha #fyp #fypage #malaysia♬ original sound – Salwa Naidin

‘Aku menang1s tengok dorang adik beradik’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat kanak-kanak perempuan berkenaan menjaga adik beradiknya. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa berada dalam lindunganNya.

Sumber : Salwanaidin  via OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *