Hampir lima tahun berjuang dengan masalah tekanan em0si, pelakon Hanez Suraya berkongsi pengalaman hidup yang pernah dihadapinya dalam program bual bicara, Lensa Netizen di laman YouTube MyFundAction, baru-baru ini.
Menerusi program itu, Hanez yang kini aktif dengan sukan berbasikal berkongsi cerita mengenai bagaimana dia berdepan masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan dia mengalami penurunan berat badan secara mend4dak serta hil4ng semangat hidup.
Foto: IG
Menyedari diri kurang pend3dahan berkaitan isu kesihatan m3ntal pada peringkat awal, Hanez akui bingung dengan situasi yang mengganggu fokus aktiviti hariannya termasuklah memilih untuk tidak bertemu dengan sesiapa kerana sudah pudar keinginan bersosial.
“Saya pernah sampai tahap mandi pun tak rasa. Sampai tertanya-tanya sudah mandi ke belum? Tadi sudah buat ini ke belum? Saya kerap termenung. Nak berkongsi saya takut orang menghakimi saya gila. Nak kongsikan perasaan yang alami rasa tak yakin pula.” katanya.
Menurut Hanez, selepas disahkan mengidap anxiety atau gangguan kebimbangan oleh pakar perubatan dia terus mencari solusi untuk mengelakkan status masalah em0sinya menjadi sem4kin rumit.
View this post on Instagram
Hanez bagaimanapun bersyukur apabila dipertemukan dengan Anita Abu Bakar selaku Pengasas dan Presiden Persatuan Kesedaran & Sokongan Peny4kit M3ntal (MIASA).
Menurut Hanez yang kini sudah bebas daripada peny4kit itu, Anita banyak membantu dirinya menyertai aktiviti sosial yang lebih menjurus kepada perkongsian ilmu kesihatan m3ntal sehingga dirinya kembali menemukan nafas baharu dalam hidup.
“Saya ada sertai usrah dan selalu menonton drama Korea sebab cerita cinta mereka sangat romantik dan bahagia.
“Selain itu, saya juga selalu aktif dengan sukan berbasikal dan wujudkan kumpulan kawan baharu supaya tak sunyi,” katanya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tambah Hanez, apa yang lebih teruja adalah ketika ramai peminat menjemputnya untuk membuat perkongsian menerusi Aplikasi Zoom sekali gus membuatkan dia sedar yang ramai orang mengalami masalah sama.
Selain Hanez, program Lensa Netizen turut dimeriahkan dengan kehadiran Anita yang tampil menggariskan beberapa langkah pencegahan daripada pakar sekiranya berdepan dengan gangguan kebimbangan.
Menurut Anina, antara langkah yang boleh dilakukan adalah menjaga rutin waktu tidur yang betul serta mengamalkan pemakanan bernutrisi selain melakukan aktiviti senaman yang sihat
View this post on Instagram
“Anda juga dinasihatkan supaya tidak lok3k dalam melabur untuk melakukan hobi yang diminati kerana secara psikologinya terbukti tindakan itu mampu memberi fokus dan mengurangkan tekanan urusan hidup.
“Apabila kita berdepan dengan mereka, pastikan kita bersifat terbuka untuk dengar dulu kemudian kita kenal pasti apa punc4nya. Jangan terus hakimi mereka sebab kapasiti m3ntal individu berbeza ketika ditimpa ujian. Apabila kita ingin menenangkan mereka, gunakan variasi elemen seperti biologi, spiritual mahupun sokongan moral untuk naikkan semula motivasi mereka,” katanya.
View this post on Instagram
Program Lensa Netizen bertujuan merungkai isu semasa topik hangat yang tular di media sosial dengan bermatlamat untuk mencari solusi berdasarkan pandangan dan penjelasan pakar jemputan.
Sumber: Harian Metro via CARI