Isteri Lan Solo, Syura Bikin IG Live Lvah Perasaan Konflik Dengan Siti Nordiana?

Artis

Di Instagram Live, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan tampil menjawab segala persoalan yang timbul mengenai hubungan mereka dengan penyanyi, Siti Nordiana. Menurut Sheila, isu ini menjadi semakin panas apabila dia menerima satu kiriman ‘direct message’ dipercayai daripada peminat Siti Nordiana di Instagram.

Kenapa Syura tak hantar makanan dekat Nana?

Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas manager dia. Cukup kami diburuk-burukkan. Bila sampai dekat production, kami pula dikata fitnah dia. Boleh tanya semua saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak. Secara terbuka hari ni saya cerita. Saya, Syura dan kawan-kawan lain tak boleh dah. Ada orang dm saya kenapa Syura hantar makanan dekat saya sahaja dan tak hantar dekat Nana.

Menurut Sheila, dia dan suami sudah menganggap Nana dan Anas macam adik beradik mereka sendiri. Namun, dia tidak menyangka apabila penyanyi tersebut mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama. Jelas Sheila, isu tersebut sangat menyentuh perasaannya kerana itu semua tidak benar. Tambah Sheila, hampir semua stesen televisyen dan orang bercakap mengenai benda yang sama. Mereka akan bertanya kepadanya mengenai isu makan tidak bayar.

Saya terk1lan bab makan sebab tu d4rah daging. Kami makan dekat satu restoran. Saya hanya ada RM200 sahaja itupun saya hulur. Saya senyap dan tak kata apa-apapun masa tu. Punca orang tanya kenapa Syura tak hantar makanan dekat Nana. Lan tumpang populariti Nana, kalau tidak orang tak kenal. Dari susah kami dah kawan dengan dia. Saya hargai semua jasa dia. Dia hantar makanan waktu saya dekat hosp1tal. Tapi saya terkedu g1la apabila dia kata kami makan tak bayar dan tunggu duit dia sahaja. Padahal kami bayar lebih lagi. Sampai saya fikir part mana saya tak bayar. Kami semua dah hantar Whatsapp dekat dia. Kalau dia rasa tak bersalah tampil dan cakap. Memang live ni aku tuju dekat korang sebab aku tak tahan terima macam-macam mesej.

Menurut Lan pula, dia masih mempunyai anak untuk dibesarkan dan isu ini dipercayai menjejaskan periuk nasinya. Sebagai seorang manusia, Lan turut memberitahu bahawa semua rezeki yang dimiliki olehnya itu datang dari Allah dan dia tidak menumpang populariti mana-mana pihak. Ujar Lan lagi, bila isu ini berlaku, dia berasa sangat terk1lan kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak dahulu lagi. Malah, pernah saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.

Saya dah cukup jaga a1b dia

Kalau korang nampak isu saya tak hantar makanan dekat dia, sudah pasti ada benda disebalik yang berlaku. Nanti korang kata kita buka a1b kawan pula. Saya dah cukup menjaga dah. Korang nampak mereka diam tapi mereka per4ng dalam senyap. Itupun kami diam. Saya pun dah pernah pm dekat Whatsapp. Saya dan Sheila kalau ada masalah, kami akan settle dengan cara yang baik dan berbincang. Pihak kami dah settle cuma tak dapat apa feedback daripada pihak si dia.

Menurut Syura pula, dia berasa terk1lan apabila sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepadanya. Jelasnya, hal tersebut dipercayai berpunca daripada ‘mulut’ sahabat baiknya itu. Bagi Syura, dia dan Nana tidak mempunyai sebarang masalah dan mereka sudah lama berkawan. Oleh kerana sudah lama berkawan, dia berharap Nana boleh tampil berbincang mengenai isu yang berlaku dengan baik. Namun, penyanyi tersebut didakwa hanya mendiamkan diri sahaja.

Semua benda kami buat bersama dengan dia, dia akan rasa kami nak menumpang populariti dia. Padahal kami tak ada niat macam ni. Bagus juga benda ni berlaku sebab ada hikmah. Lepas benda ni jadi kami kenal antara satu sama lain. Kalau betul kami bermasalah reply la Whatsapp tu. Stop la bagitahu pihak production pasal kami. Cuba jumpa kami, kami okay ja. Saya doa benda ni selesai cara baik. Masing-masing sudah dewasa. Kami tak ada niat untuk hasut netizen tak sokong dia. Tidak! Apa yang kami lalui hanya di antara kami sahaja.

Sumber: Sheila Razlan via OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *