Bakat yang mengalir di tubuh wanita yang telah diberi nama Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin ini nyata sekali tidak pernah melekakannya. Kemunculan pelakon, penyanyi dan pengacara ini sering m3ncuri tumpuan mata yang memandang dan buru4n lensa kamera setiap kali muncul tidak kira di malam penganugerahan atau majlis sosial.
Foto: Instagram @missfazura
Sekian lama berkecimpung dalam bidang seni, wanita ini bijak mengatur stail dan kerjaya. Mempunyai cita rasa tersendiri nyata penampilannya tidak pernah canggung kala bergaya di karpet merah. Ramai yang menggelarkan Fazura sebagai Wanita Melayu Paling Cantik di Malaysia.
Malahan filem dan drama lakonan isteri kepada selebriti Fattah Amin ini memberi impak tersendiri. Tidak pernah serik menaburkan bakti dalam dunia seni, Fazura masih tidak berhenti dengan aktiviti seni. Anugerah dan penghargaan yang telah digondolnya seakan memahat kukuh namanya di persada seni tanahair.
Foto: Instagram @missfazura
Foto: Instagram @missfazur
Fazura terlebih dahulu menceburi bidang pengacaraan sebelum terjebak dalam dunia lakonan. Menjadi hos rancangan televisyen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Teens World yang bersiaran di TV2 disusuli dengan tawaran berlakon datang mencurah. Berjaya meraih anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM17) menerusi filem sulungnya, Bicara Hati ketika usianya baru menginjak 21 tahun.
PELAKON
Bakat pelakon yang berusia 37 tahun ini telah dik3san oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil. Fazura terus mencipta nama apabila membawa pulang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2010 melalui filem Pisau Cukur. Di FFM27, sekali lagi telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik melalui filem Manisnya Cinta di Cappadoccia.

Foto: Instagram @missfazura
Program ini juga menunjukkan dirinya berani terus berhadapan dengan tanggapan masyarakat. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukan rekaan. Tambahnya lagi program ini memberi peluang kepada orang lain untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Sambutan yang hebat melalui rating tinggi telah menyebabkan program ini disambung ke musim kedua.
NYANYIAN
Kredibiliti wanita yang bijak berkata-kata ini dalam dunia lakonan tidak perlu dipertikai lagi. Malah Fazura telah mencabar dirinya untuk mengembangkan bakat dalam dunia nyanyian. Muncul dengan single baru bertajuk Bangun, ciptaan Lea Ismail (The Wak Lu). Setelah menyed4ri bakat nyanyian yang ada dalam diri, Fazura telah merakamkan single sulungnya, Sayangi Dirimu ciptaan komposer Damian Mikhail yang menjadi lagu tema program realitinya.
Rezekinya dalam bidang nyanyian lebih terserlah apabila bekerjasama dengan sebuah kumpulan rock alternative tempatan, Estranged dalam lagu slow rock balada, H4ncur Aku membuahkan hasil. Video muzik rasmi kolaborasi mereka telah mencecah lebih 14 juta tontonan di YouTube. Nyata impian sejak kecil untuk bergelar seorang penyanyi sudah berjaya digapainya.
Fazura telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan menjejak kaki ke dalam dunia perniagaan. Terdahulu pelakon Gol & Gincu ini menceburi perniagaan butik fesyen pakaian, House of Doll. Pernah juga mengeluarkan tiga rangkaian haruman badan di bawah nama Mystical by Fazura. Terbaharu, ibu kepada Nur Fatima Aisya ini telah melahirkan rangkaian produk kecantikan di bawah label Fazura Skincare.
Sumber:nona