Nadiyah Shahab Akui Tak Pandai Masak Nasi Goreng

Artis

Meskipun pandai memasak pelbagai aneka masakan, bagaimanapun pelakon Nadiyah Shahab mendedahkan dia tidak pandai memasak nasi goreng.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nadiyah berkata dia pernah cuba memasak nasi goreng namun gagal. Bagaimanapun, suaminya, Ben Ali tetap memuji masakannya itu.

“Saya boleh masak banyak menu tapi nasi goreng…omg gagal. Cuba buat sekali, kesian Ben makan nasi hangus. Tapi dia telan juga cakap sedap. Sekirannya ada yang mengetahui resipi, tolong kongsi dengan saya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab)


Perkongsian Nadiyah itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengsyorkan pelakon itu mencuba resepi Khairun Aming.

Nadiyah turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang memberikan respon serta mengatakan dia akan mencubanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab)


Nadiyah Shahab dan Ben Ali mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di seberang tambak, Singapura

 

Sumber: ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *