Kecoh Di Twitter! Netizen Dakwa Caprice Tidak Puas Hati Dengan Ebit Lew?

Artis

Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi rap popular Caprice hangat diperkatakan berikutan dia telah memberi petunjuk terdapat satu perihal besar yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Caprice Bakal Ded4hkan Kebenaran Pada 21 Julai 

Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram nya sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata isu tersebut mempunyai kaitan dengan misi kemanusiaanya di G4za dan akan mend3dahkan segala-galanya menerusi sebuah siaran langsung yang dijadualkan pada Rabu hadapan(21 Julai 2021).

Dalam pada itu, tular pula sebuah video yang mengandungi beberapa tangkap layar status dan komen penyanyi itu yang kononnya dikatakan merujuk kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Selain dikatakan meny1ndir Ebit, netizen turut membuat spekulasi bahawa pendedahan yang bakal dibuat oleh Caprice adalah mengenai pendakwah yang disegani ramai itu.

Netizen Kecam Caprice, Dakwa Perli Ebit 

Menjengah ke laman Twitter, netizen mula mengecam hantaran Caprice sebelum ini dan tidak menyangka ia merujuk kepada Ebit. Bagaimanapun, segelintir daripada mereka meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi awal dan menunggu penjelasan yang sebenar dibuat oleh Caprice pada 21 Julai kelak.

Terdahulu, Caprice berkesempatan untuk bertemu dengan Ebit di Gaza pada 1 Julai lalu. Pertemuan tersebut ternyata membuatkan ramai terharu berikutan rata-rata menyifatkan mereka seperti hero rakyat Malaysia yang sanggup mengg4daikan ny4wa demi misi kem4nusiaan di G4za.

 

Sumber: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *