Alhamdulillah..PM Umum Berita Baik Kepada Mereka Yang Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin

Semasa

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos v.aksin C0vid 19 akan mendapat keistimewaan melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau meminta jawatankuasa pengurusan C0vid 19 untuk menilai semula mereka yang lengkap div.aksinasi itu diberi kelonggaran-kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

Beliau berkata, ini merupakan petanda supaya menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan C0vid 19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti di masa lalu.

“Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun.

“Jadi bersabarlah, jangan kata k.erajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen k.erajaan gagal, (minta maaf saya tidak bercakap p.olitik di sini) tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi pep.erangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul P.rihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha yang akan diteruskan di samping langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan untuk menguruskan m.asalah C0vid 19.

Beliau berkata, usaha itu menunjukkan ada sedikit cahaya di hujung terowong kerana v.aksinasi dengan angka terkini mencapai lebih 421,000 dos sehari dan jumlah pemberian itu akan terus bertahan dalam angka itu.

“Selain itu fokus kita adalah di kawasan Greater Klang Valley iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, bahagian selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang kita lihat k.es masih tinggi.

“Saya percaya langkah-langkah tumpuan khusus di kawasan ini, maka k.es C0vid 19 dapat diurus baik,” katanya.

Perdana Menteri pada masa sama yakin proses v.aksinasi berjalan agak baik dan mengikut jadual dan berharap dalam tempoh beberapa hari atau bulan akan datang, pembekalan v.aksin akan meningkat dan bertambah.

Katanya, jadual yang diunjurkan dalam pelan PPN iaitu sebelum akhir tahun, sebahagian besar rakyat sudah mendapat s.untikan.

Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca – Apa Bezanya? Kenapa Ada Yang Nak Pilih-Pilih? Betul Ke Faham Atau Hanya Ikut Orang?

Situasi 1 (Pfizer):

“Doktor, saya nak cucuk Pfizer saja sebab keberkesanannya paling tinggi.”

Situasi 2 (Sinovac):

“Doktor, saya banyak baca di internet, orang cakap vaksin Sinovac ni lebih sesuai untuk orang Asia.”

Situasi 3:

“Doktor, saya tak kisah mana-mana pun, janji saya dapat cvcuk sekarang.”

Begitulah beberapa situasi yang berlaku dalam kalangan masyakarat kita sejak vaks1n Cov1d-19 diperkenalkan di negara ini. Walaupun pada awalnya terdapat banyak mitos dan pandangan negatif berkenaan vaks1n yang dibawa masuk ini, tapi nampaknya ia semakin terhakis apabila peratusan rakyat yang memohon vaks1n semakin meningkat.

Cuma yang menimbukan isu sekarang ini apabila terdapat lebih daripada satu jenis vaks1n diperkenalkan kerajaan di Malaysia selain Pfizer yang pertamanya dulu. Orang mula berdebat tentang keberkesanan dan risiko setiap satu vaksin yang mahu diambil. Sejauh mana kebenaran adanya perbezaan vaks1n-vaks1n ini?

Menerusi videonya di Youtube, Dr. Ikram Rauhi, MD berkongsi informasi dan perbezaan antara ketiga-tiga vaks1n Cov1d-19 yang dibawa masuk ke Malaysia.

Dr Ikram Rauhi, MD

Imuniti dan Vaks1n

Sebelum pergi lebih lanjut tentang vaks1n, Dr. Ikram mahu masyarakat fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan imuniti? “Kita perlu faham bagaimana badan melawan virvs? Apabila virvs masuk ke dalam badan, sistem dalam badan akan berkenalan terlebih dulu dengan virvs yang datang untuk memahami jenisnya. Kemudian, ia akan pilih senjata yang sesuai untuk melawan virvs ini.”

Ketika itu, badan akan mula menunjukkan simptom seperti dem4m, lengvh badan dan sak1t ur4t. Apabila sudah tahu cara untuk melawan, badan akan mudah untuk melindungi diri daripada v1rus ini. Inilah yang dipanggil imuniti.

Jelas Dr. Ikram tentang vaksin pula, “ia adalah pemudah cara untuk badan melawan virvs-virvs dengan merangsang badan menghasilkan antibodi. Jadi, jangka masa yang lama dulu untuk melawan virvs akan menjadi pendek dengan adanya vaks1n dalam badan.
Kesimpulannya, vaks1n meringkas atau memendekkan masa untuk badan melawan jangk1tan v1rus.”

Kenapa Perlu Ada Banyak Pilihan Vaks1n?

Ada yang tanya kenapa kerajaan membawa masuk banyak jenis vaks1n ke Malaysia? Jawab Dr. Ikram, “kita perlu faham, terdapat banyak lagi negara yang sedang menunggu giliran untuk membeli vaks1n ini. Jika kita hanya memesan Pfizer saja, ia akan melambatkan proses vaksinasi untuk seluruh rakyat Malaysia, mungkin boleh menjangkau sehingga 10 tahun.

Jadi, kerajaan memecahkan pembelian ini kepada beberapa jenis seperti Pfizer, Astra Zeneca, Cansinobio dan Sputnik V.

Kriteria Dalam Pemilihan Vaksin
Inilah yang menjadi pendebatan dan pertelingkahan segelintir rakyat Malaysia tentang keberkesanan sesuatu vaks1n itu. Ada yang hanya melihat daripada segi effectiveness sahaja tapi sebenarnya terdapat beberapa elemen lain yang membezakan semua vaks1n ini yang perlu difahami seperti:

Harga

Pengag1han

Penyimpanan

Kesan sampingan

Kekerapan sunt1kan dos

Kandungan bahan aktif seperti mRna, Inactivated V1rus dan Viral Vector

Kenapa ramai hanya memandang pada faktor keberkesanan sahaja? Dikatakan Pfizer mempunyai keberkesanan sebanyak 95%, manakala Sinovac antara 50.4 ke 91.25%. Sebenarnya, lebih tepat lagi keberkesanan itu bergantung pada keturunan dan genetik masyarakat di sesuatu negara tersebut.

Sebagai contoh terbaru di Thailand, dilaporkan selepas rakyatnya menyuntik dos ke dua vaksin Sinovac, selepas dua minggu, keberkesanannya meningkat sehingga 99.4%. Jelas Dr. Ikram, “kita perlu faham standard atau KPI yang digunakan vaksin itu dan jika sudah lebih 50%, ia telah dikira berkesan untuk digunakan kepada masyarakat.”

Cuba lihat contoh vaksin Influenza, keberkesanannya hanya 50 ke 60% sahaja tetapi itu sudah memadai untuk mengekang penularan wabak tersebut.

Kenali Vaks1n Pfizer

Ia menggunakan teknologi baru. Perlu diketahui bahawa di luar v1rus Cov1d-19 terdapat spike protein yang menjadi salah satu komponen v1rus ini yang menyebabkan jangkitan. Teknologi mRna bertindak menghancurkan protein v1rus Cov1d-19. Protein yang dihasilkan dalam badan ini akan merangsang badan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan.
Ya, mRna lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan namun masalahnya pula daripada segi penyimpanannya, di mana ia memerlukan suhu -70℃, maka ia amat susah untuk diedarkan ke kawasan-kawasan pedalaman dan jauh.

Apa Pula Vaks1n Sinovac?

Ia menggunakan teknologi Inactivated V1rus di mana v1rus yang telah m4ti disvntik dalam badan manusia. Apabila ini berlaku, badan akan melawan virus yang mati itu dan menghasilkan antibodi untuk melawan jangk1tan seterusnya.
Teknologi ini sudah lama digunapakai, malah pernah digunakan untuk peny4kit Polio dan Rabies sebelum ini. Dan, ya ia terbukti berkesan. Ia hanya perlu disimpan dalam suhu 2 ke 8℃ sahaja.

Bagaimana Dengan V4ksin Astra Zeneca?

Ia menggunakan teknologi Viral Vector di mana virus diubahsuai untuk dipindahkan ke antigen genetic code ke badan manusia yang kemudiannya menghasilkan antibodi untuk menahan serangan virus. Ia berkesan sebanyak 62 ke 90% dan ini sudah memadai untuk melawan v1rus Cov1d-19.

Timbul pula spekulasi yang mengaitkan vaksin ini dengan blood clot atau gumpalan darah. Hakikatnya risiko suntikan vaks1n ini hanya 0.0004 sahaja berbanding jika terkensa serangan Cov1d-19 ini, risiko mengalami gumpalan darah adalah lebih 16.5%. Jadi, yang mana lebih berisiko?

Imuniti Berkelompok (Herd Immunity)

Di sinilah matlamat pemberian vaksin yang dilakukan kerajaan sekarang ini yang mana kita mahu mencapai imuniti bekelompok. Herd Immunity/imuniti kelompok ialah keadaan penularan jangk1tan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangk1tan peny4kit itu.

Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi. Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap Cov1d-19 bagi membolehkan ‘imuniti kelompok’ dapat dicapai dan penularan virvs ini dapat dikawal.

Sebagai contoh lihat negara seperti Amerika dan UK, lebih 60% sudah divaksin dan ia dianggap berjaya apabila jangkitan kes Cov1d-19 turun mendadak. Jadi, marilah kita sama-sama menyumbang kepada imuniti berkelompok ini untuk lindungi diri, keluarga, msyarakat dan negara.

Kredit : Utusan via Kecoh ape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *