Kota Bharu: Keadaan perut semakin membesar seperti sarat meng4ndung menimbulkan keris4uan kepada Nur Nisah Husin selain berat badan menurun kepada 35 kilogram (kg) berbanding 53 kg, sebelum ini.
Nur Nisah, 51, berkata dia menyedari perutnya membengkak pada awal tahun lalu, namun menganggap ia hanya gastrik dan tanggapan itu juga disahkan oleh doktor termasuk tukang urut.
Foto: Harian Metro
“Bagaimanapun bermula April lalu, keadaan perut saya semakin membesar, tetapi tidak berasa s4kit cuma sesekali rasa tegang dan seakan sesuatu timbul di pangkal ari-ari.
“Sepanjang sebulan sejak perubahan mend4dak itu, saya hanya terlantar dan tiada selera makan, jika b4ngkit sekalipun hanya untuk solat sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Mek Mas, di sini, semalam.
Terdahulu, Nur Nisah menerima kunjungan Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed untuk menyampaikan sumbangan zakat dan barangan dapur.
Nur Nisah berkata, dia turut berjumpa dengan bidan kampung berhubung keadaan perutnya, tetapi diberitahu mungkin disebabkan peranakan bengkak dan angin medu.
“Bulan hadapan saya ada temujanji di h0spital untuk menjalani rawatan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan berharap tiada apa-apa yang serius,” kata ibu kepada tiga anak itu.
Menurutnya, dia kini mengharapkan suami A Rahman Salikan, 51, dan tiga anaknya untuk melakukan kerja rumah kerana keadaannya dirinya tidak berdaya.
Katanya, keluarganya juga diuji apabila anak kedua Muhammad Mikael Mizbani, 17, yang mengh1dap k4nser tulang menyebabkan kaki kanannya dipotong sehingga ke paras pangkal paha pada Mei tahun lalu.
Sementara itu, Muhammad Mikael berkata, dia yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bimbang kerana tidak membuat persediaan.
Menurutnya, ini kerana dia langsung tidak dapat bersekolah pada tahun lalu, manakala hanya beberapa hari sahaja sempat menjejakkan kaki ke sekolah, tahun ini.
Foto: Harian Metro
“Saya bercita-cita menjadi atlet, tapi memandangkan melihat keadaan diri sudah pasti impian berkvbur, namun saya akan tebus kejayaan menerusi akademik,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nur Nisah di talian 019-7498560.
Sumber: Harian Metro via CARI