Ini Pesanan Terakhir Arw4h Bapa Ebit Lew Buat Ramai S4bak!

Agama Artis

Pada petang Selasa, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew telah memaklumkan bapanya yang tercinta, Ibrahim Lew telah pergi buat selama-lamanya selepas tahap kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini berikutan mengh1dapi peny4kit k4nser p3rut.

Kongsi Pesanan Terakhir Arw4h Bapa 

Telah selamat dikebum1kan pada malam tadi, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36 berkesempatan untuk berkongsi pesanan terakhir bapanya yang membuatkan ramai pengikut Ebit di laman Instagram berasa seb4k.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Akui mulai rindu bapanya, Allahy4rham Ibrahim telah berpesan pada Ebit sebelum ini supaya tidak merisaukan keadaannya dan teruskan berdakwah serta berbuat baik terhadap orang ramai.

“Ya Allah, rindunya. Sangat rindu. Pesan akhirnya buat saya; Ebit jangan risaukan bapak ya, teruskan kerja bantu orang lain. Teruskan dakwah dan buat baik.

“Bapak tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati hidup ini pun. Semuanya diberi kepada orang lain,” pesan Ibrahim seperti yang ditulis Ebit

Ramai Tersentuh 

Dalam hantaran tersebut,rata-rata pengikutnya turut tersentuh apabila melihat Ebit tenang menguruskan jen4zah bapanya hampir segala-galanya bermula dari saat imamkan solat jen4zah, di dalam van jen4zah sehingga lah ke dalam li4ng lah4d.

“Ya Allah, ampuni dan redalah atasnya. Hadiahkan syurga Firdaus buatnya. Jadikanlah ini semua asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. Insya-Allah nanti kita jumpa dan bersama semula di sana,” tulisnya lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Terdahulu, Murai.my melaporkan sekembalinya dari bumi Gaza,Ebit diuji dengan berita sed1h apabila pihak hospital telah memaklumkan peny4kit kans3r pervt yang dialami oleh bapanya berada di tahap terakhir.

 

Sumber: Murai.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *