Akaun Shopee Ini Jual Kata-Kata Semangat, Sampai ‘Sold Out’ Dibeli Pelanggan

Semasa

Membeli-belah secara dalam talian sudah menjadi suatu kebiasaan di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila banyak masa yang dihabiskan di dalam rumah kerana pend3mik.

Boleh dikatakan hampir semua barangan boleh didapati di dalam talian. Namun, ada satu akaun di Shopee yang mengejutkan warganet kerana menjual sesuatu yang lain daripada yang lain.

Jual kata-kata semangat?

Seringkali kita mendengar orang akan membeli barangan seperti baju dan makanan menerusi Shopee, namun akaun ini menjual ‘Kata-Kata Semangat’!

1 4
Pasti ada berfikir ini adalah satu pembaziran dan tiada siapa yang akan membeli daripada akaun ini. Untuk pengetahuan anda, akaun ini sudah pun menjual 472 kata-kata semangat dan produk tersebut diletakkan dalam status ‘sold out’.

Cara untuk membelinya mudah sahaja, anda hanya perlu menyelesaikan pembayaran seperti biasa. Kemudian, penjual akan memberi pilihan sama ada anda mahu menerima produk menerusi emel atau di ruangan mesej.

2 1 1
3 1

“Lebih bersemangat untuk makan malam”

Untuk pengetahuan anda, kata-kata semangat ini dijual dengan harga serendah RM0.20. Menerusi perkongsian seorang pembeli, dia ada berkongsikan kata-kata semangat yang sudah diterima.

Jelas pembeli ini, dia berasa semakin bersemangat untuk makan malam selepas membaca kata-kata semangat ini. Mungkin kedengaran sedikit lucu, tapi belum cuba belum tahu kan?

4 1

5

KreditNor Azam Budin

Sumber: Lobak Merah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *