“Geram pulak tengok Oyen. Comel”- Si Oyen Buat Pelbagai Gaya Untuk Raih Perhatian Tuannya

Semasa

Sifat manja dan gemarkan perhatian dari manusia menjadikan kucing adalah salah satu haiwan peliharaan kegemaran ramai. Bukan sekadar haiwan peliharaan, malah ada juga yang menganggap ia sebagai salah seorang ahli keluarga mereka.

Juga boleh dijadikan peneman di rumah, kucing juga berinteraksi seakan faham apa yang manusia katakan. Namun begitu, telatah seekor kucing dalam rakaman ini telah pun mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan gelagat si oyen buat pelbagai gaya menganggu tuannya buat kerja di meja.

Umum sedia tahu kucing berbulu oren atau ramai yang mengelarnya Oyen ini memiliki sifat ‘nakal’ yang cukup luarbiasa. Malah rakaman Si Oyen buat hal dalam video tersebut ini membuatkan ramai terhibur. Dari pen yang sedang digunakan untuk menulis itu bergerak, ditangkapnya, memeluk tangan tuannya dan semua perkara cuba dibuat oleh haiwan ini hanya untuk dapatkan perhatian.

Berikut adalah rakaman Si Oyen buat pelbagai gaya comel yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @weeisya:

@weeisya#fyp #catsoftiktok #tiktokkucing♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Alahai comel dan manja betullah Si Oyen ini! Rakaman tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 279 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat haiwan ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Geram pulak tengok Oyen. Comel”

Oyen Buat Pelbagai Gaya 3

“Sebijik kucing saya. Kalau boleh gagah diorang cari tangan kita nak menyendeng”

Oyen Buat Pelbagai Gaya 2

“Dia pusing pusing kang tergolek ke bawah jadi terus kucing golek”

Oyen Buat Pelbagai Gaya 1

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *