Bagi penggemar makanan segera seperti burger, pastinya ada citarasa tersendiri setiap kali memesan makanan ini kan. Contohnya, ada yang yang sukakan burger tanpa sayur, sos lebih, tambah keju dan macam-macam lagi citarasa.
Tetapi baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan keadaan burger yang dibelinya ini yang lain daripada lain. Video tersebut turut tular dikongsikan dengan hampir sejuta tontonan dalam masa sehari ianya dikongsikan.
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini memberitahu dia berasa pelik bagaimana ada restoran yang tampil dengan idea untuk meletakkan tomato sebesar yang diterimanya ini.
Sebaik saja lelaki itu membuka burger yang dibelinya itu, kelihatan tomato yang diletakkan di bawah roti itu dengan saiz yang luar biasa. Malah sekali pandang, saiznya juga lebih besar dari daging burger itu sendiri.
Kebiasaannya, tomato di dalam burger dipotong dengan hirisan yang nipis dan hanya sekadar penambah rasa sahaja. Tetapi lain pula dengan burger ini apabila tomato itu dipotong dengan sangat tebal sekali mengalahkan isi utamanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat keadaan burger yang diterima lelaki ini. Malah ada yang berseloroh mungkin itu adalah burger tomato dan bukannya burger daging atau ayam seperti yang biasa dibeli.
“Positif thinking aja mungkin itu burger tomato.”
“Biar sihat bang.”
“Mungkin orangnya malas nak potong kecil.”
“Restoran ayah pin bang.”
Sumber: HCL