Ahli perniagaan yang juga pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa sedih mengenangkan sebuah bangunan yang dibeli kini sudah dikosongkan.
Sambil bertanya sampai bila fasa pandemik ini akan berakhir, bintang filem Badang itu turut memohon doa agar terus dikurniakan kekuatan dalam meneruskan perniagaan.
Kredit foto: IG Aliff
“Saya sedih dan pilu melihat bangunan yang dibeli ini kosong. Dahulunya ceria penuh dengan gelak tawa dan happy tetapi benda ini hanya tinggal kenangan.
“Bila rasanya nak berakhir Covid-19 ni? Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kuatkan lah semangat aku untuk teruskan perniagaan ini. Bila saya melihat banyak syarikat-syarikat gergasi International yang lingkup dan tutup gara-gara Covid-19,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut berdoa moga rezeki yang diraihnya itu mampu dikongsi bersama orang lain.
“Semoga company saya dipelihara dan masih kuat bertahan. Semoga dengan rezeki ini boleh saya membantu bangsa rakyat, agama dan juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.
“Amin Amin Ya Rabalamin…nasib baik sy femes boleh niaga online,” katanya yang turut mahu berkongsi mengenai dunia perniagaan kepada mereka yang berminat.
Sumber: Media Hiburan via CARI