Pasti ada dalam kalangan kita yang sukar untuk berenggang dengan bantal bvsuk masing-masing.
Begitu juga dengan wanita berusia 25 tahun ini apabila dia masih tidak mampu untuk membuang tabiatnya itu.
Menurut Intan Normala Mohd Norman, sudah 19 tahun dia menggunakan bantal busvk itu sehingga keadannya hampir hancvr dan terpaksa dilekatkan menggunakan pin.
Foto: mStar
“Saya mula menggunakan bantal bvsuk itu ketika masih kecil. Sekarang, dah tak ada rupa bantal. Ia sensitif, tak boleh kasar-kasar.
“Maksudnya, tak boleh nak tarik kuat-kuat sebab dah hampir hancvr. Sebab dah tak boleh jahit, saya terpaksa gunakan pin,” ujarnya kepada mStar.
Mesra disapa Intan, dia mengakui pernah beberapa kali berusaha untuk membuang tabiat tidur menggunakan bantal busvk, namun tak berhasil.
Foto: mStar
Malah katanya, bantal itu juga akan dibawa ke mana sahaja termasuklah ketika bercuti bersama rakan-rakannya.
“Saya suka pegang bantal tu, kena letak di muka, kemudian baru tidur. Pernah juga cuba nak tinggalkan, letak kat mana-mana, tapi tak boleh tidur.
“Pergi ke mana-mana pun saya akan bawa. Pergi travel dengan kawan misalnya. Tahun lepas kami ke Cameron Highlands.
“Kawan pun tengok pelik. Mereka tegur dalam nada bergurau. Kalau perjalanan jauh dengan kereta pun saya akan bawa bantal busvk tu,” ujarnya berseloroh.
Intan yang menetap di Kuala Selangor, Selangor, berkata, sukar untuk dia membayangkan sekiranya bantal itu dibuang oleh mana-mana ahli keluarganya.
Foto: mStar
Malah, dia turut berkongsi video mengenai ‘harta karun’ itu di aplikasi TikTok dan menerima pelbagai reaksi berbeza netizen.
“Saya kongsi video bantal bvsuk di Twitter. Ada yang kata, mereka pun ada bantal busvk tapi m4lu nak tunjuk kepada orang.
“Banyak komen lucu-lucu. Ada juga yang tertanya-tanya, sebab usia saya dah 25 tapi masih ada bantal bvsuk.
“Mereka tertanya-tanya, macam mana boleh jadi seteruk ini,” ujar anak ke-12 daripada 13 beradik itu.
View this post on Instagram
Paling risau kata Intan, dia dijangka menamatkan zaman bujangnya pada Disember ini.
Namun katanya, kisah mengenai bantal busvk itu turut dietahui oleh bakal suaminya, gara-gara diceritakan oleh ibunya sendiri.
“Tunang tahu, bakal mentua pun tahu. Dulu masa tunang saya datang ke rumah, mak saya ceritakan kepada dia.
“Saya dah kata kepada mak, janganlah cerita, nanti m4lu. Mak siap keluarkan bantal tu, tergelak-gelak tunang saya. Dia pun terkejut.
“Ayah pun pernah bsing. Dia kata, dah nak kahwin, patutnya dah kena buang. Tapi memang tak boleh, susah nak tidur kalau tiada bantal tu.
“Saya pun tak jumpa lagi cara bagaimana nak tinggalkan bantal ni. Harap-harap biarlah saya sendiri, bukan orang lain yang buang,” jelas Intan yang juga kakitangan sebuah restoran makanan segera di Puncak Alam.
Jelas Intan, ibunya turut mempunyai tabiat itu, namun melibatkan b4ntal peluk.
Sumber: mStar Online via -CARI