“Sampai Hati…” -Zara Zya Ditvduh Songl4p Duit Bantuan

Artis

Pelakon Zara Zya terk1lan dengan dakwaan segelintir pihak yang menudvhnya memanipulasi keadaan dan menggunakan duit bantuan yang disalurkan kepadanya untuk golongan yang memerlukan.

Lebih mengecew4kan apabila ada yang memandang serong terhadap setiap tindakan Zara berkongsi di media sosialnya sementelah enggan menyokongnya membantu kerja-kerja kebajikan.

“Bila saya post atau share benda baik tak ramai support tapi bila ada posting sikit je tak betul, berdesup manusia condemn. Takut! Kenapa buat macam ni? Adakah korang banyak masa untuk berbuat dosa dan berfikiran negatif terhadap orang lain?

“Ada kata saya men1pu, bawa lari duit orang dan bukan nak tolong orang… saya sed1h sebenarnya.

“Dari kecil saya suka tolong orang, suka share rezeki dengan orang dan kalau nampak orang susah saya akan tolong, tapi sekarang ni bila saya mengajak lebih ramai orang yang baik-baik untuk membantu orang lain lebih susah, susah sangat ker?

“Saya buat laman web www.malaysiaprihatin.com sebab saya dapat feedback negatif bila saya bagi nombor akaun saya tapi katanya duit tak tahu ke mana, tak tahu betul atau tak. Jadi website itu untuk korang menyumbang dan mendapatkan resit… tapi tetap mengata di belakang.

“Kalau tak tahu cerita tolong jangan cakap buruk pasal orang lain sebab kata-kata itu satu doa. Saya tak tahu apa lagi perlu buat untuk tolong orang lain,” katanya menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada Isnin.

Jelas Zara lagi, dia bersedia untuk mengemukakan bukti dan resit pembelian barangan keperluan menerusi sumbangan yang disalurkan kepadanya daripada orang ramai.

Bagaimanapun, usaha Zara ketika itu terkekang apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan dalam negara.

“Di luar rumah saya ada tiga pek besar makanan haiwan tapi saya sendiri tak boleh keluar rumah dan setiap hari menantikan haiwan kelaparan depan rumah untuk saya beri mereka makan tapi tak ada!

“Ada pula pertika1kan betul ker duit ni… sampai hati. Apa salahnya tanya dulu, saya boleh tunjuk resit saya beli, kat mana beli dan makanan apa yang saya beli.

“Saya sudah siapkan barang-barang untuk diagihkan tapi saya tak boleh pergi jauh. Kalau keluar juga nanti orang mengata, kalau jumpa orang dan langgar SOP saya kena sam4n, siapa nak tanggung?” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)


Begitu juga niat ikhlas Zara yang membuat ulasan produk kesihatan yang sebelum ini turut mendapat kec4man ramai di media sosial.

“Saya upload reviu produk kesihatan pun orang kec4m, walhal duit itu saya guna untuk bantu orang. Ada kata saya dah tak ada job.. takkanlah semua benda saya nak kena cerita?

“Bila orang cakap apa saya buat ni tak betul dan orang pertika1kan usaha saya nak bantu orang susah, saya down sangat. Saya dah buat macam-macam tapi orang tak nak support saya, kenapa?” getusnya lagi.

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *