Bayi Kembar ‘Bergvrau Kasar’, “Ada Hati Nak Lepas Ger4m”

Keluarga Semasa

Telatah anak-anak dapat menyerikan lagi sesebuah keluarga itu. Lebih-lebih lagi jika anak-anak masih di awal usia, memang boleh riuh satu rumah dengan suara mereka.

Sama seperti rakaman pasangan bayi kembar yang berjaya menarik perhatian ramai ini. Rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @3maisara ini memaparkan dua orang bayi yang sedang meniarap. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila salah seorang dari bayi ini mengigit pipi kembarnya.

Tidak puas hati dengan ‘ser4ngan’ tersebut, bayi seorang lagi melepaskan geram dengan mencuba gigit kepala kembarnya itu. Bagaimanapun cubaan tersebut tidak berjaya malah kena gigit lagi di lengan pula. Berikut adalah rakaman bayi kembar bergurau k4sar yang dikongsikan ini:

@3maisaraapa kejaan laa budak dua org ni🤦🏻‍♀️#mummypening#tiktoktwins#fypシ♬ bunyi asal – _EiRa CaNsAnDrA_

Alahai, anak-anak macam-macam ragam ya! Dari bayi lagi sudah pandai ‘bergurau kasar’ nampaknya. Apa-apa pun dua bayi ini sungguh comel buat ramai yang geram menyaksikan telatah mereka ini.

Perkongsian telatah bayi kembar bergurau kasar ini telah meraih lebih 4.9 juta tontonan dan 312 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan karenah anak-anak ini yang comel. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Adoi geramnyer gelagat depa”

Bayi Kembar ‘Bergurau Kasar’ 3

“Mesti yang tokak tu adik”

Bayi Kembar ‘Bergurau Kasar’ 2

“Ada hati nak lepas geram..Comel je”

Bayi Kembar ‘Bergurau Kasar’ 1

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *