“Saya Nak Kamu Solat Sahaja..” – Nazrudin Rahman ‘sovnd’ lelaki ini, Memang p4du ayat dia

Semasa

Tular di media sosial, video yang memaparkan seorang lelaki berpakaian putih sedang memberi bantuan kepada golongan susah di tepi jalan.

Video tersebut mencuri perhatian netizen disebabkan tindakan lelaki itu yang didakwa memberi ‘tazkirah’ dengan cara yang agak kasar kepada golongan tersebut sebelum menghulurkan bantuan.

Bukan itu sahaja, dia turut bertanya soalan fardhu ain seperti rukun iman, niat solat fardu dan sebagainya.

Siapa yang gagal atau memberi jawapan salah seolah-olah dipersenda untuk tidak diberi bantuan.

Video berdurasi 1 minit itu telah dikongsi oleh saudara @NazrudinRahman menerusi akaun Twitter miliknya.

“Aku jijik dengan keangkuhan, terutama dari golongan ‘terpelajar’. Orang tengah kebulur, dia boleh bagi syarat kena silat? Kena jawab quiz agama sebelum mendapat bantuan? Ini salah. Astaghfirullah. Dimana hilangnya ikhlas dan perikemanusiaan,” ciap Nazrudin.

Nazrudin meluahkan rasa kesal dengan keangkuhan individu terbabit yang dianggap seperti tidak ikhlas dan tidak berperikemanusiaan.

Tambahnya, perbuatannya itu seoalah-olah memalukan orang yang dalam kesusahan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap individu yang tidak dapat dipastikan identitinya itu.

Sehingga kini, identiti lelaki berjubah berkenaan serta lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Namun apa yang jelas, bantuan itu berunsur ‘peribadi’ seperti yang dimaklumkan olehnya dalam video tersebut.

 

Sumber: https://cempedakcheese.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *