Pemuda Tanya Kenapa Dirinya Tak Hensem, Jawapan Ibu Bikin Berdekah!

Keluarga Semasa

Hubungan yang baik di antara ibu bapa dan anak mungkin menjadi idaman bagi sesetengah orang. Bukan semua dikurniakan dengan hubungan kekeluargaan yang baik sesama ahli keluarga lagi-lagi untuk bergurau senda dengan ibu bapa.

Baru-baru ini, gelagat ibu dan anak ini menarik perhatian ramai apabila video perbualan mereka ini menerima lebih tiga juta tontonan. Ramai juga yang turut cemburu melihat kemesraan ibu dan anak ini dalam bergurau antara satu sama lain.

@jfnurrngakak sekomplek #fyp #fypツ #foryourpage♬ suara asli – tambah nama anda

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang berbual bersama si ibu yang berada di sebelahnya. Lelaki itu kemudian bertanya kepada ibunya mengapa wajahnya tidak kacak seperti lelaki lain.

Pada awalnya, ramai yang menyangka mungkin si ibu akan menafikan dakwaan itu dan memberikan pujian kepada anaknya. Tetapi sebaliknya berlaku apabila si ibu menyalahkan bapanya yang menjadi punca dalam isu ini.

ibu bapa

Jawapan spontan dari ibunya itu turut membuatkan lelaki itu berdekah mendengarnya. Malah dia juga tidak dapat menahan ketawa apabila lain pula yang keluar daripada mulut ibunya itu.

Di ruangan komen, reaksi spontan dari si ibu itu turut membuatkan netizen terhibur. Ada juga yang berseloroh tidak semena-mena si ayah pula yang menjadi m4ngsa dalam hal ini.

“Terlalu jujur.”

pemuda tanya

“Ibu aku pun macam tu jugak.”

ibu

“Bapaknya be like: Apa d0sa aku.”

komen

“Padahal anaknya minta dipuji…”

tik tok

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *