Pelakon Yatt Hamzah mend3dahkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan air ketVban kandungannya berkurang secara tiba-tiba.
Menurut Yatt, 41, dia sepatutnya melahirkan anak kelima pada 23 Julai namun terpaksa bersalin awal demi keselamatan bayi yang dikandungnya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rendah hati di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mohon selitkan doa buat saya dalam Tahajjud dan Munajat kalian.
“Bonda ini yang sepatutnya bers4lin pada 23 Julai 2021 terpaksa dikejarkan ke hospital lebih awal untuk bers4lin awal kerana air ketuban tiba-tiba berkurangan. Pagi ini terpaksa masuk indVction,” katanya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pemilik nama Haryati Hamzah ini memohon agar mendoakan urusan dia bersama anak yang akan dilahirkan dipermudahkan Allah.
“Ya Allah, permudahkan urusan ku melahirkan kali ini. Selamatkanlah aku dan anak ku dan jadikanlah anak yang bakal lahir ini menjadi hambamu yang sihat dan sempurna tubuh badannya lagi soleh solehah. Amin.
“Saya mohon maaf kepada semua jika pernah menyakiti sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Mohon doakan Bonda ini dan Anakanda ya,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, menerusi laporan Gempak pada 15 September tahun lalu, Yatt berkongsi berita s3dih apabila mengalami kegugVran selepas keracVnan makanan.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hafya Medina, 3, serta Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Pengacara ini juga mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.
Sumber:Gempak via http://newsline21.com/