Pulau Langkawi dijangka akan membuka pintunya kepada individu yang lengkap dua dos sunt1kan vaks1n COV1D-19 bermula September ini.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pulau peranginan itu tidak akan menerima pengunjung yang tidak disvntik atau baru satu sunt1kan.
“Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi perlu lengkap dua dos vaks1n dan mereka yang tidak disvntik atau hanya menerima satu dos sunt1kan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi,” jelasnya.
Jelasnya lagi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju untuk membekalkan vaks1n mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima sunt1kan vaks1n sebelum kehadiran pelancong.
“Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaks1n kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaks1n.
“Ini bermakna, sebanyak 120,000 dos vaks1n perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai.
Pihak kerajaan negeri Kedah yakin pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi akan memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau itu.
“Hotel di Langkawi sangat ten4t ketika ini, kita faham dan sangat bersimpati, kita nak mempercepatkan proses sunt1kan vaks1n, sebab saya sendiri pun mahu ke Langkawi,” katanya.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, sebanyak 80 peratus penduduk Langkawi perlu mendapat sunt1kan vaks1n bagi membolehkan gelembung perjalanan dilaksanakan di pulau itu apabila rentas negeri dibenarkan dan sempadan negara kembali dibuka pada September ini.
Sumber: Gempak