Ezzrin Loy sambut birthday ke 24, Tapi Benda Lain Yang Netizen Perasan

Artis

Pelakon, Ezzrin Loy yang juga merupakan adik kepada selebriti wanita iaitu Elfira Loy sudah sedari kecil mendapat perhatian sebagai seorang pelakon kanak-kanak.

Boleh dikatakan, Ezzrin Loy menjadi antara pelakon kanak-kanak yang begitu digemari oleh ramai kerana bakatnya itu namun pejam celik, pelakon lelaki ini sudah meningkat dewasa.

Malah kelmarin, 30 Jun merupakan hari istimewa Ezzrin Loy yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 24 lalu memuat naik satu posting bersama beberapa keping foto.

209059850_867360174194790_6696039296787552304_n

Ezzrin Loy diruangan kapsyen melalui posting di Instagram peribadinya itu berkongsikan perasaan syukurnya dengan setiap langkah yang dilaluinya dalam hidup. Kini genap berusia 24 tahun, Ezzrin Loy turut tidak sabar melihat masa depannya nanti.

Pun begitu, beberapa keping foto yang dikongsikannya itu turut menarik perhatian netizen yang melihat koleksi kasut dimiliki oleh adik kepada Elfira Loy ini. Tidak terkira jumlahnya, sampaikan terkedu netizen melihat foto-foto yang dimuat naik sempena ulang tahun kelahirannya kelmarin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ahmadezzrinloy

210190819_341915537551343_4474346312493369423_n

Tentu sahaja peminat dan rakan selebriti seperti Janna Nick mengambil kesempatan itu untuk meninggalkan komen ucapan terhadapnya yang kini genap berusia 24 tahun disamping posting foto-foto itu turut diberikan ribuan tanda suka.

“Happy birthday…”

Ezzrin Loy

“Bukan kaleng-kaleng kasut dia”

Ezzrin LoyIMG_20210701_001234

“Ejas so”

IMG_20210701_001254IMG_20210701_001317

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *