PERTEMUAN yang tak dis4ngka-s4ngka, namun soal jod0h itu semuanya ketentuan Allah.
Menurut Maisarah Omar, 32, dia dan suami, Hazim Qays Obaid Al-Sangoor, 36, bertemu secara tak sengaja pada tahun 2016.
Kis4h pertemuan di Stesen LRT Hang Tuah, Kuala Lumpur itu turut dikongsi dalam bingkisan video menerusi aplikasi TikTok sehingga menjadi tvlar dan menarik perhatian ramai.
Mesra disapa Sarah, dia ketika dihubungi mStar sempat memperincikan kis4h pertemuan itu yang akhirnya membawa kepada penyatuan secara sah pada 14 April 2018.
“Waktu jumpa pertama kali di stesen LRT, kami tak bertegvr sapa. Kebetulan selepas itu kami terserempak pula di kedai 7 Eleven di bawah stesen itu.
“Dia tanya saya berasal dari mana, saya kata saya berasal dari sini (Malaysia). Tapi saya tak bagi nombor telefon.
“Tapi pada waktu itu saya bagi dia follow Instagram saya. Selepas itu barulah kami mula berkawan,” ujarnya.
Sarah dan suami pertama kali bertemu di stesen LRT.
Kata Sarah, ibu bapanya meminta jej4ka itu untuk bertemu keluarga jika benar-benar serius menjalinkan hubungan dengannya.
Tidak lama kemudian, suaminya berkunjung ke kediaman ibu bapa Sarah di Sungai Petani, Kedah sebelum mereka mengikat tali pertunangan dan berkahwin setahun kemudian.
Ramai juga yang komen, minta guide untuk kahwin dengan foreigner.
SARAH
“Saya kata kepadanya, kalau you serius, mak ayah suruh datang jumpa mereka. Dia tiada saudara-mara di sini. Jadi sepupu dan beberapa kawannya datang ke kampung saya.
“Abah juga tanya sekiranya saya betul-betul nak kahwin dengan jej4ka Arab. Setelah pertemuan itu diatur, kami bertunang pada 2017 dan kahwin pada 2018.
“Sekarang, kami dah ada seorang cahaya mata lelaki, usia dua tahun setengah. Saya juga kini h4mil anak kedua, usia kandvngan sudah menc3cah empat bulan,” cerita Sarah lagi.
Pasangan ini sedang menanti untuk menimang cahaya mata kedua tak lama lagi.
Kata Sarah, dia sebenarnya tak pernah terfikir akan bertemu jod0h dengan jej4ka luar negara, namun menerima segala ketentuan Ilahi dan bersyukur dengan perjalanan hidupnya.
“Waktu pertama kali kenal, saya tak pernah terfikir pun akan berkahwin dengannya.
“Tapi dia serius, keluarga dia pun terima seadanya dan minta kami kahwin secepat mungkin. Allah dah tentukan jod0h kami,” ujarnya.
Selain tvlar di TikTok, Sarah juga pernah berkongsi video perkahwinannya di YouTube sehingga meraih 1.2 juta tontonan.
Jelas Sarah, dia turut menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang meminta tunjuk-ajar mengenai proses perkahwinan dengan warga asing.
Kis4h pasangan ini r4ih perhatian ramai netizen.
“Selain mendapat tontonan 1.2 juta di YouTube, ramai juga yang komen, minta guide untuk kahwin dengan for3igner.
“Nasihat saya, jika betul-betul nak kahwin dengan orang luar, sila guna saluran undang-undang yang betul agar tak susah di kemudian hari.
“Alhamdulillah banyak komen yang baik-baik. Ada juga yang komen neg4tif, pertikai kenapa kahwin dengan orang luar negara,” ujarnya.
Kata Sarah, suaminya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor.
Sarah pula merupakan suri rumah yang turut bekerja sebagai jurusolek sambilan untuk sebuah saluran televisyen tempatan.
Sumber:https://www.mstar.com.my/