Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia menerusi Instagram memaklumkan dia perlu memakai pelitup muka selama tiga hari kantaran satu ke Cov1d-19 yang dik3san di kawasan itu.
Kredit foto: IG Ilya
“Sekarang kita sama, Hari ini kita akan kembali memakai mask untuk tiga hari. Baru semalam duk bangga, suka suka, seronok tak payah pakai mask dah,” katanya.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, ramai meluahkan kekec3waan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (Total Lockd0wn) berikutan jumlah kes semakin meningkat.
Awal Mei lalu, sebahagian bandar di Australia tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka selepas tiada k3s baru direkodkan.
Memetik laporan The New Daily Australia, pes4kit posit1f Cov1d-19 itu dikesan sewaktu berada di sebuah gimnasium di pinggir bandar.
Pes4kit itu kini menjalani tempoh kuar4ntin dan sesiapa yang berada di gimnasium berkenaan pada tempoh seminggu lalu perlu menghubungi jabatan kesihatan berdekatan.
Sehubungan itu, pihak berkuasa di Perth dan Brisbane turut mengenakan perintah sekatan dan mewajibkan pelitup muka.
Sumber: Gempak via Cari