Isteri Dik3cam Promosi Durian, Akhirnya Amar Baharin Bersuara

Artis

PETALING JAYA – Pelakon Amar melu4hkan rasa kesal apabila niat murni isterinya, Amyra Rosli untuk membantu peniaga ketika sekatan pergerakan dilaksanakan menerima respons neg4tif daripada netizen.

Dalam perkongsian menerusi Instagramnya, Amar memuat naik tangkap layar gambar Amyra memegang sebekas durian yang dipromosikannya.

Menerusi perkongsian sama, Amar turut memuat naik tangkap layar komen negatif daripada netizen yang mendakwa Amyra menunjuk-nunjuk sedangkan ramai yang tidak mampu membeli buah tersebut berikutan harga yang mahal.

“Makan sorok-sorok, usah tunjuk-tunjuk. Kasihan yang teringin tapi tak mampu,” tulis seorang netizen.

“Betul tu. Bukan negatif, kasihan kat orang yang teringin tapi tak mampu. Ramai artis kayangan yang tak sensitif dengan keadaan rakyat. Durian pun nak buat review ke?” soal seorang lagi netizen.

Tampil mempertahankan isterinya, pelakon drama Hati Yang Dikhi4nati itu berkata, tiada orang lain yang akan membantu melainkan kita sesama sendiri.

“Keinginan dan kemampuan adalah dua jalan berbeza. Berbelanja ikut kemampuan (keperluan). Kami pun banyak perkara yang diinginkan tapi tak mampu.

“Takde pula kami marah penjual Vellfire Royal Lounge. Kami beli Bezza saja. Janji boleh keluar cari rezeki, muat bawa keluarga. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Pada masa sama, Amar mengambil kesempatan memberi sedekah buah durian yang dipromosikan Amyra kepada dua orang pengikutnya yang bertuah.

“Kalau teringin makan durian, belilah ikut kemampuan. Kan ada banyak jenis durian? Tak semestinya kena beli durian yang premium macam @dooran.dooran.co.

“Kami faham situasi sekarang yang agak tertekan. Harap semua tingkatkan kesabaran untuk sama-sama atasi masalah pandem1k ini.

“Kalau ada yang betul-betul teringin nak rasa durian ini, saya boleh sedekah. Tapi tak banyaklah sebab saya pun tak mampu. Nanti saya pilih dua orang yang bertuah,” ujarnya lagi. – K! ONLINE

 

Sumber: https://www.kosmo.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *