Ebit Lew Cerita Pengalaman Perjalanan Ke G4za: “Diiringi 12 Kereta Kebal, 21 Jam Perjalanan”

Agama Artis

Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang kini berada di G4za, Pal3stin menceritakan pengalaman emas perjalanannya ke bumi bergol4k itu dengan memberitahu dirinya dan pasukan sihat serta berada dalam keadaan selamat.

Ebit yang kini bersama delegasi dalam misi kemanusian menyalurkan bantuan termasuk ubat ubatan buat rakyat di G4za muncul dalam temubual bersama Nabil Ahmad menerusi Instagram Live milik program MeleTOP malam tadi.

Kelihatan sihat dan tersenyum seperti biasa, Ebit mengaku kejayaan menjejakkan kaki ke G4za setelah sebulan berusaha adalah sebuah keajaiban dari Allah SWT.

“Sebulan kami di Mesir, mencuba masuk ke G4za. Sebenarnya niat asal hanya mahu hantar barang dan pulang. Niat kedua pula, dapat sampai sempadan.

“Dan ketiga, dapat masuk ke G4za adalah sebuah keajaiban yang Allah susun buat kami,” kata Ebit dalam siaran langsung yang disaksikan lebih 26 ribu pengguna Instagram.

Menurut Ebit lagi, tanpa doa rakyat Malaysia yang bersatu dan tentunya kuasa Allah, mereka tidak mungkin dapat menjejakkan kaki sekaligus menjalankan misi kemanus1aan untuk rakyat Pal3stin yang terjejas akibat serangan Isr4el tercapai.

Malah, katanya sehari sebelum memasuki G4za, beliau sudah membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana tidak sanggup melihat ayahnya s4kit.

“Ayah saya s4kit sepanjang saya di sini, jadi saya tak sanggup. Saya nak balik (Malaysia). Tapi esoknya, hari saya nak balik, Allah buka jalan untuk kami semua masuk ke G4za. Ya Allah,” kata Ebit dalam perkongsian selama 15 minit sebelum siaran langsung terputus.

Melanjutkan bicara, Ebit berkongsi pengalaman perjalanannya bersama delegasi masuk ke G4za dengan diiringi 12 kereta kebal dan terpaksa melalui pemeriksaan ketat di 21 checkpoint yang dijaga tentera Mesir.

“Bayangkan, kita orang kampung ada 12 kereta kebal jaga, rasa macam tengok cerita dalam Astro. Kami naik van selama 21 jam perjalanan termasuk lalu di padang pasir. Tapi syukur langsung tak rasa lapar sangat atau mahu buang air besar.

“Kami hanya berhenti untuk solat dan selepas 21 jam naik van dan dapat memasuki G4za dengan selamat pada Isnin,” ceritanya lagi.

Sementara itu dalam ruangan komen, ramai pengguna media sosial mendoakan agar Ebit dan delegasi selamat selain meninggalkan emoji hati kepada beliau.

Delegasi Ebit merupakan yang pertama di dunia dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang selama 11 hari tamat bulan Mei lalu.

Misi kemanusiaan yang dijalankan Ebit dengan kerjasama Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent itu telah mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *