Empat Beranak Tinggal Dalam Kandang Kambing- Tiada Tandas, Lantai Reput

Keluarga Semasa

KOTA BHARU: Kesempitan hidup memaksa empat beranak di Kampung Babong, di sini, mengubah suai bekas kandang kambing untuk dijadikan tempat berteduh, sejak enam tahun lalu.

Mohd Azlam Yusof, 26, dan isterinya, Raja Sazila Raja Hanuzi, 24, serta dua anak mereka Nur Aidyah Syafiqah, 6, dan Amsyar Syazuran, setahun, hidup dalam serba keda1fan, terutama sejak pand3mik COVlD-19 yang menyebabkan pendapatan keluarga mereka tidak menentu.

Bangsal yang mereka berteduh pada asalnya adalah kandang kambing, namun disebabkan tidak mampu menyewa kediaman lain menyebabkan empat beranak itu tinggal di bangsal serba usang dengan memindahkan kambing ke kawasan lain.

Foto: Berita Harian

Raja Sazila berkata, sebelum ini dia dan suami menumpang rumah ibu mentua di sebelah rumah sebelum mengambil keputusan untuk berpindah di kandang kambing berkenaan.

“Pada asalnya kandang tu kecil sahaja, namun suami terpaksa mengubah suai dengan membesarkannya sedikit memandangkan kami ada dua anak.

“Sepanjang tinggal di bangsal berkenaan, paling menyedlhkan adalah ketika hujan di mana keseluruhan rumah akan basah menyebabkan kami empat beranak sukar untuk tidur, selain keadaan lantai kayu juga hampir reput,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Raja Sazila berkata, suami bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM50 sehari, namun sejak pand3mik COVlD-19 tahun lalu, pendapatannya tidak menentu menyebabkan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut untuk makan.

“Malah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, suami sudah tidak bekerja menyebabkan keadaan kami semakin sukar. Jika ada telur sebagai hidangan, itu sudah memadai selain kulit ayam juga dijadikan lauk bagi mengalas perut.

“Suami tidak mampu menyewa di tempat lain. Maka di sini sahaja kami terpaksa bertahan. Bangsal kami tiada tandas dan setiap kali mandi, kami akan pergi ke rumah ibu mentua selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mentua.

“Tiada apa yang diharapkan melainkan dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sedia ada,” katanya yang tidak menerima sebarang bantuan.

Raja Sazila berkata, minggu lalu ada pihak yang hadir dan bersetuju untuk membina rumah buat mereka sekeluarga.

Namun katanya, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran itu dan berharap ia menjadi kenyataan buat mereka sekeluarga.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Belanga, Wan Zaidi Wan Jusoh, berkata pihaknya dimaklumkan keluarga berkenaan meminta kepingan zink memandangkan keadaan atap yang bocor setiap kali hujan.

Katanya, barangan berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan, yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Hazmi berkata, pihaknya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amal Harapan Kelantan menyumbang sebuah motosikal kepada Mohd Azlam memandangkan keluarga berkenaan tidak mempunyai kenderaan. 

Sumber: Berita Harian via -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *