3 Hari Tutup Telefon Sebab Kec3wa Dihlna M4ndul

Artis

Selepas tiga hari mendiamkan diri berikutan isu dihlna m4ndul, pelakon Siti Elizad akhirnya kembali dengan keadaan ceria berserta aura positif.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, mengaku bukan mudah melupakan apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

Kredit foto: IG

“Selepas tiga hari tanpa telefon, saya kembali dengan kehidupan yang positif. Ceria seperti selalu. Terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan doa.

“Maaf untuk keluarga jauh dan dekat, kawan-kawan serta mereka yang saya tak jawab panggilan atau WhatsApp. Harap anda semua memahami, bukan mudah untuk saya dan keluarga melalui perkara ini.

“Sesuatu yang bukan mudah untuk maafkan dan melupakan. Rahmat di sebalik ujian,” kata Elizad.


Pada Rabu lalu, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah ganggvan kesubvran.

Menurut Elizad dia cukup terk3san apabila dituduh sebagai mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zur1at belum dim4kbulkan.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Bila Cupid Jatuh Cinta ini memberitahu dia tidak dapat menerima orang yang memb3nci seseorang tanpa sebab.


Sama seperti orang lain yang bekerja keras, Elizad berkata dia menjejak kaki ke dalam industri seni hanya untuk mencari rezeki.

“Tak boleh terima dengan orang yang sangat mudah tak suka orang tanpa sebab. Saya datang dalam industri ini sebab nak cari rezeki. Allah beri kelebihan kat sini.

“Tak k4cau orang pun. Berlakon, buat hosting, jadi penyampai radio. Andai kata tak suka, tiada paksaan pun. Masing-masing ada pilihan. Boleh komen dan kr1tik, janganlah sampai mengh1na.

“Kita ini semua sama saja, tak ada beza. Saya pun macam orang lain, pergi kerja, balik kerja, cari rezeki, bekerja keras dari muda sebab nak gembirkan orang tua.


“Pergi pasar, lepak gerai, tak ada langsung rasa nak poyo-poyo. Bersihkan hati, berlapang dada… Allah berikan rezeki berganda-ganda. Have a good heart,” ujarnya.

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani rawat4n kesubvran perseny4waan in-vitro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

 

Sumber: mStar Online via  -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *