Ramai Netizen Ucap Tahniah Kerana Neelofa Sudah Mengandvng. Rupanya Gambar Ini Yang Netizen Nampak

Artis

Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukannya pasti akan mengund4ng perhatian ramai.

Terbaharu, selebriti berniqab itu menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak berisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Dakw4an tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua.

Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menuai pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bump’, sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri.

“Baby bump. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Wah, nampak maca pregn4nt (mengandvng),” celah seorang lagi pengikut.

Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita ham1l.

“Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisi tu,” tulis seorang pengikut.

Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu h4mil telah hangat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian pervt dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang daripada pengesahan dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya.

Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusid di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama pengacara Next To Neelofa itu.

 

Sumber:awatttsyeikhh via  Era Tv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *