PoIis Bagi Semua SeIesai SoIat Jumaat DahuIu Dan SeIepas Itu Mereka Semua Dikomp4un

Semasa

Seramai 13 jemaah dikomp4un selepas didapati g4gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila melaksanakan solat Jumaat melebihi jumlah ditetapkan di sebuah masjid di Seberang Kota, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan pemantau Covid-19 dan Bahagian Penguat Kuasa dan Kawalan Negeri Kedah (BKK) Kementerian Dalam Negeri menerima maklumat berhubung kejadian sebelum tiba di lokasi pada jam 1.40 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati jemaah sedang mendengar khutbah dan polis membenarkan mereka melaksanakan solat sehingga selesai sebelum tindakan diambil.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 34 individu di dalam masjid, iaitu melebihi jumlah jemaah dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu hanya 13 individu saja dibenarkan menunaikan solat Jumaat.

“Berikutan itu, komp4un RM1,500 setiap seorang terpaksa dikeluarkan terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Selain itu, kita turut mengeluarkan komp4un RM10,000 kepada pengurusan masjid berkenaan kerana g4gal melaksanakan SOP apabila membenarkan lebih individu berada di dalam masjid,” katanya pada sidang media di Balai Polis Kuala Kedah hari ini.

Ahmad Shukri berkata, sebahagian jemaah lain tidak dikomp4un dan dibenarkan pulang kerana ada dalam kalangan mereka adalah kanak-kanak, orang kur4ng up4ya (OKU) dan warg4 em4s yang ny4nyuk.

“Berdasarkan pemeriksaan, semua jemaah menunaikan solat mengikut jarak fizikal yang ditetapkan dan memakai pelitup muka. Akan tetapi, mereka tidak patuh SOP kerana menunaikan solat lebih dari jumlah ditetapkan

“Berdasarkan maklumat pihak masjid, ini kali pertama masjid itu dikunjungi lebihan jemaah kerana pada minggu lalu, hanya 13 orang saja yang datang menunaikan solat Jumaat.

“Kebanyakan mereka yang dikomp4un adalah penduduk yang tinggal di sekitar masjid berkenaan. Sehubungan itu, kita harap semua masyarakat patuh SOP yang ditetapkan kerana kita sudah setahun tiga bulan mengharungi situasi C0vid-19,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 11(3) Peraturan Pengawalan Dan Penceg4han Peny4kit Berj4ngkit (PPDPP).

 

 

Sumber: http://www.awatttsyeikhh.com/ via http://www.terengganutv.bbn.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *