Gadis lemb4m warisi bakat arw4h ibu..video promo cookies di TikTok cecah 2.3 juta tontonan!

Keluarga Semasa

LAMB4T dari segi pembelajaran bukan bererti kita tidak boleh berjaya dalam hidup.

Inilah yang dibuktikan Jaheerah Nadzri, 27 yang disahkan slow learner atau masalah lambat belajar juga dikenali sebagai lemb4m sejak berada dibangku sekolah lagi.

Bercakap kepada mStar, bapa Eerah, Nadzri Abdul Majid, 64 berkata dia pada mulanya tidak membenarkan anaknya membuka akaun TikTok kerana dia menyangkakan hanya video merapu yang dikongsikan di laman tersebut.

“Dia mintak nak main TikTok ni dah lama tapi pakcik tak bagi sebab masa tu bila kita tengok kadang tu video yang ada banyak video-video merapu.

“Tapi abang-abang dia yang nasihat kata ada banyak video yang bagus, ada orang guna untuk meniaga jadi saya benarkan dia buka akaun bulan Disember tahun lepas, ” katanya yang kini tinggal di Sepang, Selangor.

Menurut Nadzri, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya kini mempunyai banyak followers.

“Bila dah buka akaun tu, saya takde la kawal, biar je dia nak buat apa, tapi lepas tu dia cakap followers dia banyak.

“Masa tu saya tengok dah dekat 80,000 pengikut, saya tanya dia buat apa dan katanya dis hanya kongsi video make-up,” katanya.

Eerah belajar bersolek daripada ibunya dan juga melalui video-video di Youtube.

Menurut Eerah akaunnya mula menjadi perhatian apabila dia kongsi video solekannya yang dipelajarinya daripada ibu serta Youtube.

Melihat kepada sambutan yang diterima, Nadzri kemudiannya mencadangkan supaya Eerah menggunakan peluang yang ada untuk menjual sesuatu.

“Pakcik fikir dekat TikTok ni orang biasa meniaga, ada yang buat review, jadi kalau dia boleh buat live untuk menjual sendiri buatlah.

“Jadi dia ni selalu kalau raya mesti dia buat cornflake, tak pernah lepas, dulu arw4h ibu dia selalu buat, jadi pakcik kata buat la cornflake kemudian jual.

“Alhamdullilah sambutan kata orang boleh la, ” katanya.

Eerah akan menyediakan setiap tempahan sendiri, dengan bantuan bapanya.

Menurut Nadzri, Eerah hanya akan membuat kuih terbabit apabila mendapat tempahan dan mereka tidak akan menyimpan sebarang stok.

“Dia akan buka tempahan kata sampai esok petang kemudian pagi keesokkannya Eerah akan buat dan pada sebelah petangnya kami dah akan hantar kepada pelanggan.

“Semuanya memang Eerah buat sendiri saya cuma tolong bila nak masukkan dalam oven je sebab panas, yang lain semua Eerah buat termasuk tampal label pada bekas, ” katanya.

Menurut Nadzri, Eerah hanya mengambil masa sekitar tiga jam untuk menyiapkan sekitar 10 hingga 12 balang.

Sementara itu menurut Eerah, selain cornflake dia juga mewarisi bakat arw4h ibunya yang sememangnya pakar memasak.

“Lauk pauk insyaAllah Eerah boleh masak, selalunya masak lemak udang, laksa, goreng-goreng, mee, bihun semua boleh.

“Arw4h ibu memang pandai masak jadi mungkin menurun pada Eerah,” katanya, sambil menambah ibunya men1nggal dun1a sewaktu dia berusia 21 tahun.

Mempunyai empat adik-beradik, Eerah merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

Sementara itu berkongsi mengenai kondisi Eerah, kata Nadzri, anaknya itu disahkan slow learner sewaktu dia berusia 12 tahun.

“Masa lahir dia duduk dalam incub4tor dekat sebulan juga, bila dah keluar bawa balik rumah dia ters3dak susu lepas tu dia tak boleh bern4fas.

“Cuma masa tu tak nampak lagi sehingga darjah enam, masa tu dia nak ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah, jadi cikgu minta saya mohon pada kementerian pelajaran supaya dia dapat masa tambahan untuk jawab soalan ujian.

“Masa pergi ke kementerian tu ada pegawai yang maklum pada saya berkenaan “slow learner”, dia kata tak perlu risau, saya cuma perlu bawa untuk buat check-up dan memang kemudian doktor sahkanlah, ” cerita dia.

 

Kita kena berani, jangan jadikan keadaan diri kita ni satu alasan melainkan kita bedridden itu lain cerita tapi jangan putus asa, sentiasa fikir kalau orang normal boleh buat, kita pun boleh buat walaupun tak sesempurna mereka.

– NADZRI ABDUL MAJID

BAPA

 

Menurut Nadzri, satu-satunya anak perempuannya ini bagaimanapun tidak mempunyai masalah lain kecuali pertuturan kurang jelas dan pergerakannya yang kurang stabil.

Sehubungan itu, bapa prihatin ini menasihati keluarga yang ada anak yang senasib seperti Eerah untuk berani dan sentiasa berusaha untuk buat apa sahaja demi kelangsungan hidup anak istimewa ini.

“Kita kena berani, jangan jadikan keadaan diri kita satu alasan melainkan kita bedridden itu lain cerita tapi jangan putus asa, sentiasa fikir kalau orang normal boleh buat, kita pun boleh buat walaupun tak sesempurna mereka.

“Macam Eerah dia ada group kawan-kawan yang sama macam dia, ramai yang berjaya, ada yang jadi perlakon, ada yang kerja dengan AirAsia ada yang mengasuh budak, dan ada juga yang boleh mengajar orang naik kuda,” kata Nadzri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *