7 Perkara Akhir Z4man Yang Digervni

Agama

Buat renungan kita bersama.

1- Orang Yang Tidak Sedarkan Diri

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”
Riwayat Muslim

2- Ahli Ibadat Yang Jah!l Dan Ulama Yang Fasik

Daripada Anas R.A. beliau berkata, bersabda Rasulullah S.A.W;

“Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahll dan ulama yang fasik.”
Riwayat Ibnu Ady

Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik.

3- Menjual Agama Kerana Dunia

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simp4ti orang ramai dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Walhal, hati mereka adalah hati serlgala. Allah S.W.T. berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertlpu dengan kelembutanKu ? Atau kamu terlalu berani berbohong kepadaKu ? Demi kebesaranKu, Aku bersump4h akan menurunkan suatu fitn4h yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung.”
Riwayat Tirmizi

4- Pendusta Dan Pengkhlanat

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penlpuan. Pada waktu itu si pendvsta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dvsta. Pengkhlanat akan disuruh memegang am4nah dan orang yang amanah dikatakan pengkhlanat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah ?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Orang kerdil, hlna dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai.”
Riwayat Ibnu Majah

5- Fasik Yang Berleluasa

Daripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitn4h (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi k4fir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi k4fir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia.”
Riwayat Muslim

6- Penind4san Terhadap Umat Islam

Daripada Tsauban R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bahkan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu ?”. Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan melemparkan ke dalam hati kamu peny4kit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya, “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah ?” Rasullullah S.A.W. menjawab, “Cinta dunia dan takut m4ti.”
Riwayat Abu Daud

7- Namanya Sahaja Islam

Daripada Ali bin Abi Thalib R.A. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W., “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak adal lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhlvk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitn4h dan kepada mereka jugalah fitn4h itu akan kembali.”
Riwayat Al-Baihaqi

 

Sumber: https://lakarmedia.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *