2 peniaga berg4duh, laksa jadi ‘m4ngsa’

Semasa

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita meros4kkan barangan peniaga yang membuka gerai bersebelahan gerainya mencetuskan kem4rahan netizen.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook Malaysian Crime Watch – MyWatch memaparkan tindakan bi4dap wanita itu menterbalikkan beberapa bek4s yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat laksa.

Dalam klip video berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan bahan-bahan membuat laksa milik seorang peniaga berterabur di bawah gerainya dipercayai telah diterb4likkan oleh wanita terbabit.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak perniagaan di Taman Koperasi LLN, Kajang.

Berdasarkan perkongsian MyWatch, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila wanita yang juga penjaja keropok lekor tidak berpvas h4ti dengan kehadiran peniaga lain di sebelah gerainya.

“Penjaja keropok lekor tak berpvas h4ti dengan kehadiran penjaja di sebelahnya yang menjual laksa.

“Habis laksa diterb4likkan olehnya, mengapa perlu “busvk h4ti” sesama penjaja kecil?,” soalnya di laman Facebook semalam.

Susulan kejadian itu, rata-rata netizen meng3cam tindakan penjaja keropok lekor itu yang dilihat mementingkan diri ketika ramai yang sedang bergelut mencari rezeki sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sed1hnya tengok, sekarang semua orang terkesan dengan Cov1d-19 ini, sama-sama la cari makan.

“Rezeki Allah yang bagi, kenapa perlu ada perasaan macam tu. Sabarlah peniaga laksa, semoga rezeki awak melimpah-limpah kira dimana awak berniaga,”kata Farisha Nurralis.

Pada masa sama, netizen turut menyoal kenapa wanita itu perlu 1ri hati sedangkan peniaga sebelah hanya menjual laksa.

“Bukan sebelah tu jual barang makanan sama pun, apehal pulak pergi terbalikkan barang niaga orang lain, hang jual keropok lekor, orang sebelah jual laksa,”tulis Hazriel Yusof.

Kosmo! difahamkan penjual keropok lekor itu telah meminta maaf dengan abang ipar kepada peniaga laksa berkenaan.

Namun, peniaga laksa telah membuat satu laporan polis semalam.- K! ONLINE

 

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *