Kasih bapa… pegang payung ketika anak ikuti kelas online tepi jalan

Semasa

GAMBAR seorang remaja perempuan yang sedang mengikuti pembelajaran secara atas talian (online) dalam keadaan hujan sambil dipayungi bapanya, menjadi tular di media sosial.

Dilaporkan kejadian tersebut berlaku di Ballaka, sebuah desa terpencil di daerah Dakshina Kannada.

Menerusi gambar yang tular, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Narayana sedang memegang payung sambil anak perempuannya tekun mengikuti pembelajaran di tepi jalan.

Seorang wartawan, Mahesh Puchchappady, yang memuat naik gambar itu di Twitter menulis bahawa gadis tersebut akan datang ke tempat yang sama pada setiap petang.

Menurut wartawan itu lagi, situasi tersebut adalah normal di kawasan luar bandar, di mana pelajar yang mengikuti kelas online berdepan dengan masalah liputan internet. – India.com

 

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *