‘Ubah-Suai’ Kereta Macam Dalam Pawagam, Hairul Azreen Bawa Keluarga Tonton Wayang Dalam Kenderaan

Artis

“Waktu PKP ni memang waktu yg stress, bukan kita je stress, anak anak pun str3ss… tak boleh pergi sekolah, tak boleh main dengan kawan kawan, tak boleh keluar langsung! “

Dalam dunia teknologi hari ini, ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif dalam memastikan anak-anak seronok dan teruja untuk melakukan aktiviti harian apatah lagi sewaktu tempoh ‘berkurung’ dalam pematuhan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dijalankan ini.

Namun disebabkan kr1sis Cov1d-19 dan arahan PKP ini, aktiviti harian mereka boleh dikatakan banyak berubah dan pergerakan menjadi lebih terhad.

Hal yang demikian, perkataan bosan bagaikan sudah menjadi mainan pada bibir masyarakat kini tatkala diri ini merasakan seakan-akan nak ‘g1la’ disebabkan keberadaan di rumah pada tahap maksima mungkin memberikan ganggvan kepada rutin harian serta menimbulkan perasaan murung yang menggangu perubahan waktu tidur  sehingga menjadikan ia tidak menentu.

Terutama buat anak-anak, pastinya imaginasi mereka berada pada tahap tertinggi untuk menghilangkan rasa bosan terkurung di rumah, rungutan untuk keluar menghirup udara dan berjalan-jalan di kota raya pastinya menjadi keluhan setiap hari dek kerana sudah jemu.

Mengetahui hal itu, selebriti terkenal Hairul Azreen tampil kreatif mencetuskan idea menarik dengan mengajak keluarganya menonton filem di dalam kereta.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, selebriti ini berkongsi video persiapannya menyediakan ruang menarik di dalam kereta dengan mood seakan-akan berada dalam pawagam persendirian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian netizen kerana terlihat begitu kreatif dan menarik, rata-rata warganet juga turut terinspirasi untuk melakukan aktiviti yang sedemikian kerana semestinya berasa rindu untuk berada di dalam kereta dengan perjalanan yang panjang.

Malah menurut sumber sebuah laman portal, konsep menonton wayang di dalam kereta ini sudah lama dipraktikkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan negara Eropah.

Jika dahulu keadaan yang merapatkan lagi hubungan sesebuah kekeluargaan sering dikatakan adalah ketika berada di dalam sebuah kereta, suasana meriah dalam kenderaan saat menuju ke destinasi itu membolehkan pelbagai perbualan menarik diborak di antara seisi keluarga.

Meskipun roda tayar ini tidak dibenarkan bergerak, inisiatif menonton wayang dari dalam kereta ini dilihat merupakan antara salah satu cara yang efektif untuk berlibur menonton filem kegemaran keluarga, di kala negara masih lagi berjuang untuk mencatatkan zero c4se Cov1d-19 di Malaysia.

Cara ini juga secara tidak langsung boleh membuatkan anak-anak tidak sempat berasa bosan, malah boleh mengelak daripada berasa lesu dan tidak bermaya lebih-lebih lagi apabila hanya menghadap gajet sekali gus membataskan aktiviti sosial.

Mungkin ada ibu bapa yang tertanya-tanya sejauh mana keadaan ini boleh memberi kesan terhadap em0si dan psikologi anak-anak mereka.

Emosi mereka boleh terjejas, rasa bosan dan tidak puas hati akibat terkongkong boleh menyebabkan jiwa memberontak jika tidak difahami dengan baik oleh ibu bapa.

Mengetahui bahawa pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini merupakan ibu-bapa yang sememangnya prihatin dan peduli soal perkembangan minda kanak-kanak, kedua-dua selebriti ini tidak pernah ‘kering’ ilmu dalam mengajar anak-anak mereka itu dengan sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang kreatif dan menarik sehingga meraih pujian warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan Hairul Azreen mencari suasana kelainan selain berada di dalam rumah, dia menngadaptasikan ruang dalam kereta seperti menonton di pawagam.

Wah! Menarik juga kan cara Hairul buat ni? Lain daripada yang lain tapi apa-apa pun pastikan keselamatan seisi keluarga terjamin apatah lagi ketika berada di dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa dingin yang dipasang.

Lakukan aktiviti bersama yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan secara kreatif dalam usaha mengadaptasi suasana gaya hidup baharu di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan wab4k Cov1d-19.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Hairul Azreen via Hot FM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *