”Selamat Hari Lahir “Peneman Syurgaku”- Hafiz Mahamad surprise Birthday wife time “LockDown” Tarik Perhatian Netizen

Artis

Personaliti media sosial dan ahli perniagaan Hafiz Mahamad mencuri perhatian wargamaya lagi apabila membut  surprise Birthday Syafiqah Aina dalam suasana “LockD0wn”.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi sebuah video memaparkan kejutan yang diberikan buat isteri tercinta bersama ucapan romantis untuk tatapan umum.

Banyak hari juga saya termenung, apa nk surprise wife ni. Dalam hati “ish tak boleh kalau tak buat, saya nk dia rasa special”. Itu hari penting dia

Saya dok pusing pusing dkt dalam rumah tu, cuba cari idea apa yg surprise boleh buat dalam rumah ni. Bila fikir balik, macamana nak buat? Sebab nak keluar tak boleh, nak beli barang pun tak boleh

Idea dah ada, saya nak deco rumah tu. Saya try contact surprise planner @sugarsurprise & tanya dia saya nak barang itu & ini. Nasib baik dia boleh sediakan & hantar dalam box. So saya buat dkt rumah dgn bantuan orang dkt rumah ni

Semalam saya kurvng la isteri saya seharian dalam bilik untuk saya buat semua ni, dia pun mcm blur blur “apa la laki aku nak buat”

Bila dh siap semua, punya lah nervous hati ni tapi mmg setiap kali buat surprise saya akan nervous hehe. Dia keluar je dari pintu bilik, wow “antiknyaaaaa” bersiap mcm nk makan dkt klcc haha

Time turun tangga, tepi tepi tu ada belon & gambar memori saya & dia dari awal kenal. Dptla dia ingat 9’tahun dah sama sama. Sampai bawah pula, saya pasang video ucapan team & video call dgn family dia untuk beri ucapan dkt dia

Paling best time candle light dinner, wife tanya “eh kenapa abang letak bunga besor ni dkt tengah, mcmana sayang nk tgk muka abang” haha! Alaa yang, abang bantai je. Kita alih jela haha

Bila dia tanya part makan, siapa chef kita mlmni? “Eh abang lah chef!” Kalau invite orang luar, sian abang kena compound lagi. Then kita chill chill berjiwang jiwang sikit hehe

Bila dh habis dinner, saya t1pu dia lagi. Penat juga dia kena t1pu, 1 kena berkurung dalam bilik & bila habis dinner dia ingat surprise dah habis!

Saya bawa dia ke bawah, nahhh ada mcm khemah! Alaa kecik kecik dulu kita selalu kain dalam selimut kan? So saya buat mcm tu, hias sikit sikit & movie night!

Macamtu lah surprise PKP yg saya buat dkt isteri yg saya sayang ni. Banyak dh dia berkorb4n & support saya, apa pun keadaan saya tetap akan usaha untuk dia sentiasa tersenyum! Selamat Hari Lahir “peneman syurgaku” @syafiqahaina

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terharu dan memuji kejutan yang diberikan oleh Hafiz kepada isterinya.

Komen Netizen:

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih satu ribu tontonan oleh warga Instagram.

Sekadar info, Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.

 

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *