Zul Ariffin Akui Tak Perlu Pegang-Pegang Untuk Hayati Watak

Artis

Pertama kali bergandingan dengan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menerusi drama Love Elsa, pelakon Zul Ariffin mengakui tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita untuk mendapatkan keserasian.

Malah, Zul berkata dia menghormati prinsip serta pendirian setiap pelakon yang bekerjasama dengannya dalam mana-mana drama.

“Sebagai pelakon saya kena terima situasi sebegini. Lain orang lain cara. Sebagai contoh, ada boleh bergvrau dengan cara ini, cara itu dan sebagainya.

“Bagi saya dalam lakonan ini lebih kepada hormat. Kalau tak perlu bersentuhan, tak perlu buat. Ada juga yang bertudung boleh buat adegan sebegini. Kalau dalam filem saya lebih banyak watak aksi, jadi tidak sama seperti drama,” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata pengarah drama tersebut, Michael Ang tidak pernah memaksa pelakon untuk menjayakan sesuatu babak sebaliknya memberi keselesaan kepada pelakon.

“Dalam drama perlukan tindak balas, itu penting. Selebihnya bergantung kepada pengarah. Michael tak pernah paksa pelakon. Jadi, pelakon akan memberikan kerjasama baik dan semuanya akan okay,” katanya.

Drama bersiri ‘Love, Elsa’ ialah sebuah karya adaptasi novel nukilan Acik Lana yang mengangkat genre fantasi cinta.

Drama ini bakal bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

 

Sumber: ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *