PM dedah negara rugi RM1 bilion sehari. Tapi ada satu pengumuman beliau yg tarik perhatian ramai

Semasa

Kuala Lumpur: Negara mengalami kerugian RM1 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan ini berbeza dengan situasi PKP tahun lalu kerana ketika itu belum mempunyai vaksin Covid-19.

Menurutnya, satu-satunya jalan keluar ketika itu adalah PKP dan tindakan kesihatan awam untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Saya sudah umumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion.

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial hari ini.

Beliau berkata, kerajaan hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara dalam usaha keluar daripada krisis dan demi kesihatan serta kelangsungan hidup.

Untuk rekod, tahun lalu negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan PKP.

Jumlah kerugian yang dialami kerajaan sejak 18 Mac sehingga Mei 2020 adalah sebanyak RM63 bilion.

PM umum pelan pemulihan, sektor sosial dijangka dibuka pada Sept

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan pemulihan empat fasa supaya rakyat Malaysia dapat kembali kepada kehidupan biasa selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Setiap fasa dijangka mengambil masa dua bulan, dengan sektor sosial – termasuk sekolah – akan dibuka semula secara bertahap pada fasa ketiga (dijangka bermula September).

Malaysia sekarang berada pada fasa pertama. Peralihan daripada satu fasa ke fasa yang lain akan dibuat jika tiga kriteria dipenuhi.

Kriteria itu ialah angka kes harian Covid-19, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) seluruh negara dan jumlah rakyat yang mendapat dos penuh (dua suntikan) vaksin.

Untuk peralihan dari fasa pertama kepada fasa kedua, Malaysia haruslah merekodkan purata kes harian bawah 4,000, kapasiti ICU berada di paras sederhana dan 10 peratus rakyat Malaysia mendapat vaksin penuh.

Untuk memasuki fasa tiga, kes harian haruslan secara puratanya bawah 2,000 kes, kapasiti ICU mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapatkan dos penuh vaksin.

Berdasarkan taklimat dengan pengarang media di Putrajaya hari ini, tiada garis mata ditetapkan untuk peralihan itu.

Jika tiga indikator itu dipenuhi awal, peralihan setiap fasa akan berlaku lebih cepat dan begitu juga sebaliknya.

Parlimen dibuka semula pada fasa 3 pelan pemulihan – PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata parlimen boleh dibuka semula ketika Malaysia memasuki fasa ketiga pelan pemulihan Covid-19.

Dalam pengumuman langsung di TV sebentar tadi, Muhyiddin berkata Malaysia dijangka memasuki fasa ketiga pemulihan pada September atau Oktober.

Peralihan ke fasa ketiga akan dibuat selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh.

“Saya ingin memberikan komitmen bahawa sidang parlimen boleh diadakan dalam fasa ini sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat,” katanya.

“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu seletelah kes-kes Covid-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti kelompok.”

SUMBER: MKNI
Kredit: SamSohor Seantero

Sumber: https://f-uh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *